Ini Alasan Kenapa Zahid Dilepas Tanpa Dibebaskan

Ini Alasan Kenapa Zahid Dilepas Tanpa Dibebaskan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ini Alasan Kenapa Zahid Dilepas Tanpa Dibebaskan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ini Alasan Kenapa Zahid Dilepas Tanpa Dibebaskan
link : Ini Alasan Kenapa Zahid Dilepas Tanpa Dibebaskan

Baca juga


Ini Alasan Kenapa Zahid Dilepas Tanpa Dibebaskan

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin melepaskan tanpa dibebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi. Pasukan pendakwaan pula memohon kes Ahmad Zahid dihentikan dengan memberikan 11 alasan berikut:

1. Setelah memanggil 15 saksi termasuk tertuduh sendiri, keterangan saksi-saksi ini perlu diteliti oleh pihak pendakwaan dan pihak penyiasat.

2. Ahmad Zahid telah mengemukakan dua representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), masing-masing bertarikh 8 Disember 2022 dan 25 Januari lalu.

3. Lanjutan representasi-representasi tersebut, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 20 Januari, memaklumkan kepada AGC bahawa adalah penting untuk siasatan dengan lebih terperinci dilakukan.

4. Ahmad Zahid sekali lagi mengemukakan empat lagi representasi yang membangkitkan isu dan bukti baharu, yang sudah semestinya memerlukan SPRM untuk menyiasat perkara-perkara berkenaan, pada 28 Februari dan 7 Mac lalu.

5. Surat representasi ini turut menyentuh isu siasatan dilakukan sebelum, semasa dan selepas Ahmad Zahid dituduh di mahkamah, maka ia dikatakan dibuat secara terburu-buru, cuai, pramatang dan tidak lengkap.

6. Perkara ini menyebabkan reputasi dan nama baik AGC selaku pihak pendakwaan dan SPRM selaku badan penyiasat tercemar dan dilihat melalui kaca mata umum seolah-olah kedua-dua Jabatan ini merupakan institusi undang-undang yang telah diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu.

7. Bagi tidak menafikan hak Ahli Parlimen Bagan Datuk itu atau lebih penting, tiada salah laku di sisi undang-undang, pendakwaan percaya bahawa pertuduhan terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) perlu diberhentikan buat masa ini,

- tetapi hanya memberikan kesan lepas tanpa bebas sehingga siasatan yang lebih menyeluruh dan lengkap selesai.

8. Mahkamah ambil maklum mengenai pengumuman Jemaah Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu yang dibangkitkan dalam buku memoir bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bertajuk 'My Story: Justice In the Wilderness'.

- Pendedahan oleh Tommy, berkaitan pertuduhan dibuat terhadap individu-individu tertentu.

9. Pemimpin UMNO ini turut membangkitkan isu yang amat serius iaitu beliau menjadi mangsa pendakwaan terpilih daripada rejim Kerajaan sebelum ini.

- Peguam Negara berpendapat, amat penting untuk pihak pendakwaan dan SPRM melihat dan turut menyiasat dakwaan ini.

10. Selaras dengan penubuhan RCI, antaranya menyiasat dakwaan pelanggaran tanggungjawab profesional oleh pemegang-pemegang jawatan tertinggi dalam negara ini.

11. Baru-baru ini, satu memo dalaman dikatakan dikeluarkan oleh AGC berkaitan kes yang sedang dibicarakan ini telah tular di media sosial.

- AGC mengambil langkah untuk menentusahkan kandungan memo dalaman tersebut.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, dalam keputusannya, berkata, untuk rekod seramai 99 saksi pendakwaan dan 15 saksi pembelaan sudah dipanggil memberikan keterangan selepas Ahmad Zahid diperintahkan membela diri dalam perbicaraan bermula 18 November 2019.

Hakim itu berkata, beliau berpandangan bahawa pendakwaan sudah memberikan alasan kukuh mengapa mereka memohon supaya Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan.

"Atas alasan yang diberikan, mahkamah dengan ini membuat perintah pelepasan yang tidak terjumlah kepada pembebasan. .

"Sebelum saya menangguhkan prosiding, saya ingin menyatakan bahawa walaupun kuasa Peguam Negara, di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 CPC untuk memulakan dan menarik balik kes pada bila-bila masa sebelum penghakiman, tidak dipersoalkan.

"Sekiranya pihak pendakwaan memutuskan di masa akan datang mereka tidak akan meneruskan lagi pertuduhan ini, masa kehakiman yang berharga akan menjadi sia-sia dan sejumlah besar wang pembayar cukai juga akan dibazirkan…dengan ini mahkamah ditangguhkan," katanya.


Demikianlah Artikel Ini Alasan Kenapa Zahid Dilepas Tanpa Dibebaskan

Sekianlah artikel Ini Alasan Kenapa Zahid Dilepas Tanpa Dibebaskan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ini Alasan Kenapa Zahid Dilepas Tanpa Dibebaskan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/09/ini-alasan-kenapa-zahid-dilepas-tanpa.html

Subscribe to receive free email updates: