Judul : Ais kiub perlu akuan halal
link : Ais kiub perlu akuan halal
Ais kiub perlu akuan halal
NILAI – Pemprosesan yang dilakukan bagi pembuatan ais kiub memerlukan produk terbabit mendapat perakuan sijil halal demi memastikan tahap kebersihan dan kualiti ais yang dihasilkan.
Presiden Persatuan Profesion Eksekutif Halal Malaysia (PEHMA), Dr Lokman Ab Rahman berkata, walaupun ais kiub berada di bawah kategori produk neutral, namun ia masih belum boleh disahkan halal.
“Sebenarnya kalau mengikut prosedur tidak perlu halal kerana ia dikategorikan sebagai produk neutral sama seperti air laut dan air paip.
“Tapi disebabkan penghasilan ais kiub ini melibatkan pemprosesan, ia juga memerlukan pengesahan halal sama ada dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Majlis Agama Islam,”katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir merasmikan Program Professional Halal Analyst di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini semalam.
“Pembuatan kiub ais ini melibatkan beberapa proses untuk sampai kepada pengguna dan itu mungkin ruang berlaku pencemaran yang turut melibatkan soal keselamatan dan mutu ais.
“Bagi saya ais kiub juga perlu ada sijil halal. Mana-mana syarikat yang rasa mampu memohon sijil halal, digalakkan buat permohonan kerana bagi saya ia satu keperluan hari ini,” katanya.
Beliau berkata, selain membuat permohonan mendapatkan sijil halal, semua syarikat pengeluar makanan juga perlu memastikan penghasilan produk mereka menepati peraturan atau standard ditetapkan.
“Bila Jakim sudah beri pengiktirafan halal bermakna mereka perlu patuh pada keseluruhan peraturan dan standard ditetapkan, bukannya hanya mengejar keuntungan semata-mata.
“Tapi apa yang mengecewakan apabila mereka beri alasan tidak faham sedangkan ketika permohonan itu dibuat telah dinyatakan prosedur yang perlu dipatuhi,” katanya.
Demikianlah Artikel Ais kiub perlu akuan halal
Sekianlah artikel Ais kiub perlu akuan halal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ais kiub perlu akuan halal dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/ais-kiub-perlu-akuan-halal.html