Judul : PEKUNG DAP SEMAKIN BUSUK !
link : PEKUNG DAP SEMAKIN BUSUK !
PEKUNG DAP SEMAKIN BUSUK !
Lim Guan Eng DAP masih di dalam denial syndrome. Beliau menuding jari kepada semua pihak tetapi realitinya, beliau bergemulang dengan pelbagai skandal dan kemusykilan yang menjatuhkan kredibiliti beliau.Yang terbaru ialah wujudnya persoalan-persoalan besar yang mesti dijawab oleh Lim Guan Eng, itu pun jika beliau berani berdepan sendiri dengannya.
Dan isu-isu ini melibatkan kezaliman terhadap rakyat Pulau Pinang. Satu pendedahan telah dibuat tentang wujudnya rumah-rumah Kos Sederhana Rendah yang didiami atau dimiliki oleh pihak berpendapatan melebihi kelayakan. Ada juga rumah-rumah KSR itu disewakan kepada orang lain padahal syaratnya tidak dibenarkan.
Kerajaan DAP Pulau Pinang telah didesak untuk menyemak semula prosedur dan sistem pemilihan bakal pembeli rumah Kerjaaan Negeri serta menjalankan siasatan terhadsp isu-isu yang menzalimi rakyat ini. Ternyata ada kebolosan dalam SPEC, kata Datuk Seri Zainal Abidin, Pengerusi UMNO Pulau Pinang.
Ada beberapa lagi persoalan besar yang perlu dijawab oleh Guan Eng DAP. Kenyataan DS Zainal Abidin:
1. PAC telah gagal untul membentangkan laporannya sebanyak 2 kali iaitu pada Sidang DUN November 2015 dan Mei 2016 lalu.
2. Alasan Pengerusi PAC bahawa laporan tidak boleh dibentangkan kerana Laporan Kajian DEIA tidak lengkap adalah tidak menasabah.
3. Ini adalah kerana laporan awal ditolak oleh Sidang DUN kerana laporan yang disediakan Pengerusi PAC itu tidak dipersetujui oleh majoriti ahli PAC sendiri dan Speaker DUN mengarahkan ia dibentang semula pada Sidang DUN berikutnya (Mei 2016).
4. Rakyat Pulau Pinang berhak untuk mendapatkan maklumat yang jelas berhubung pembayaran-pembayaran yang perlu dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk projek ini, ini termasuk kewajaran Kerajaan Negeri membayar RM 305 juta dalam bentuk pemberian-milik tanah-tanah kerajaan negeri untuk Kajian Kebolehlaksanaan dan Rekabentuk Terperinci bagi projek terowong dan jalan utama.
PROJEK PERUMAHAN MAMPU MILIK DI JALAN SP CHELLIAH
1. Kerajaan Negeri memaklumkan bahawa wang dari Tabung Amanah Perumahan Bumiputera digunakan untuk membayar sejumlah RM 21.6 juta sebagai pampasan kos tanah kepada MBPP pada kadar RM 67,500 seunit.
2. UMNO Pulau Pinang memohon penjelasan samada Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga perlu membayar pampasan kos tanah kepada MBPP untuk 450 unit rumah KSR yang diperuntukan untuk bukan Bumiputera. (RM 30.375 juta untuk 450 unit @ RM67,500 seunit).
3. Jika kerajaan Negeri turut membayarnya, dari sumber manakah pula wang pampasan untuk kos tanah kepada MBPP itu Pulau Pinang ingin mengetahui berapakah nilai keseluruhan bayaran pampasan kepada MBPP bagi kos tanah seluas 11 ekar tersebut yang perlu dibuat oleh Kerajaan Negeri?Apakah Guan Eng DAP berani menjawab sendiri persoalan-persoalan besar ini atau 'bersembunyi' di belakang exco-exco negerinya?
Demikianlah Artikel PEKUNG DAP SEMAKIN BUSUK !
Sekianlah artikel PEKUNG DAP SEMAKIN BUSUK ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PEKUNG DAP SEMAKIN BUSUK ! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/pekung-dap-semakin-busuk.html