Judul : Samseng Baju Merah Ini Ahli UMNO, Akui Jamal
link : Samseng Baju Merah Ini Ahli UMNO, Akui Jamal
Samseng Baju Merah Ini Ahli UMNO, Akui Jamal
Ramai penyokong Baju Merah, yang mengganggu konvoi Bersih 2.0 baru-baru ini, dari kalangan anggota Umno, kata ketua kumpulan itu Datuk Jamal Md Yunos.
Namun ketua bahagian Umno Sungai Besar menegaskan beliau tidak mewakili Umno dan bertindak semata-mata sebagai ketua gerakan Baju Merah, yang menggabungkan pelbagai kumpulan.
“Saya tidak menafikan ramai penyokong saya anggota-anggota Umno dan saya sendiri ketua bahagian,” kata Jamal kepada The Star hari ini.
“Tetapi, mereka juga anggota-anggota badan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan ini diasaskan oleh mereka. Mereka termasuklah peniaga, persatuan penduduk, kelab motor dan kumpulan lain.”
Gerakan Baju Merah pertama kali muncul untuk membantah demonstrasi besar-besaran Bersih 4 di Kuala Lumpur tahaun lalu.
Tunjuk perasaan Baju Merah, bagi melawan kumpulan baju kuning Bersih, didakwa berbau perkauman dan mencetuskan kontroversi.
Gerakan yang dipimpin Jamal membantah Bersih 2.0 menganjurkan perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada 19 November ini.
NGO pendesak pilihan raya bebas itu kini sedang menjelajah seluruh negara bagi mempromosikan acara tersebut.
Laporan dari MMO
Demikianlah Artikel Samseng Baju Merah Ini Ahli UMNO, Akui Jamal
Sekianlah artikel Samseng Baju Merah Ini Ahli UMNO, Akui Jamal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Samseng Baju Merah Ini Ahli UMNO, Akui Jamal dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/samseng-baju-merah-ini-ahli-umno-akui.html