Isu lot bazaar: Saya hanya cuba bantu penjaja, kata wakil rakyat

Isu lot bazaar: Saya hanya cuba bantu penjaja, kata wakil rakyat - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu lot bazaar: Saya hanya cuba bantu penjaja, kata wakil rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu lot bazaar: Saya hanya cuba bantu penjaja, kata wakil rakyat
link : Isu lot bazaar: Saya hanya cuba bantu penjaja, kata wakil rakyat

Baca juga


Isu lot bazaar: Saya hanya cuba bantu penjaja, kata wakil rakyat

Fong Kui Lun berkata, beliau mengeluarkan surat sokongan itu dengan
syarat tiada pihak lain kecuali DBKL yang boleh mengenakan sewa. 
Ahli Parlimen DAP itu berkata, beliau hanya menulis surat sokongan kepaa ahli Pemuda PPBM dan menafikan mengutip wang dari penjaja. 

 PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun berkata satu-satunya alasan beliau menulis surat sokongan untuk seorang ahli Pemuda PPBM kerana mahu membantu penjaja yang tidak mempunyai lesen mendirikan gerai di bazaar Ramadan Jalan Masjid India di Kuala Lumpur. 

 Pemimpin DAP itu menafikan menerima wang daripada penjaja yang menyewa lot itu. 9 Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mempunyai kata putus terakhir untuk mengeluarkan lesen perniagaan. 

 “Saya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk penyelewengan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

 Fong yang juga bendahari DAP berkata, beliau hanya menulis satu surat sokongan kepada DBKL selepas ahli Pemuda PPBM, Mohd Noorhisyam Abd Karim meminta bantuannya pada 5 Jun lalu. 

 Katanya, beliau mengeluarkan surat sokongan itu dengan syarat tiada sewa dikenakan oleh sesiapa, kecuali DBKL. 

 Beliau berkata demikian selepas Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Anwar Mohd Zain dipetik The Star semalam sebagai berkata, pada mulanya mereka menolak permohonan Noorhisyam, sebelum dipaksa meluluskannya selepas menerima surat sokongan Fong. 

Noorhisyam didakwa menyalahgunakan hubungan politiknya untuk mendapatkan 80 lot bazaar dan menyewanya pada harga setinggi RM5,000 bagi 1 lot. 

 Fong berkata, beliau sudah menghubungi penjaja terbabit untuk mendapatkan penjelasan mereka dan meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung isu itu supaya menghubunginya atau membuat laporan polis. 

Katanya, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, jika menemui bukti untuk menyokong dakwaan itu~ freemalaysiatoday


Demikianlah Artikel Isu lot bazaar: Saya hanya cuba bantu penjaja, kata wakil rakyat

Sekianlah artikel Isu lot bazaar: Saya hanya cuba bantu penjaja, kata wakil rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu lot bazaar: Saya hanya cuba bantu penjaja, kata wakil rakyat dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/06/isu-lot-bazaar-saya-hanya-cuba-bantu.html

Subscribe to receive free email updates: