Mat Hasan dijangka menang PRK Rantau - Ilham Centre

Mat Hasan dijangka menang PRK Rantau - Ilham Centre - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mat Hasan dijangka menang PRK Rantau - Ilham Centre, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mat Hasan dijangka menang PRK Rantau - Ilham Centre
link : Mat Hasan dijangka menang PRK Rantau - Ilham Centre

Baca juga


Mat Hasan dijangka menang PRK Rantau - Ilham Centre


BADAN kajian Ilham Centre menjangka bekas menteri besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan akan memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Rantau dengan selesa pada 13 April.

PH perlu memerlukan strategi kuat untuk mengekang kemaraan Barisan Nasional kerana kemenangan parti itu seolah-olah sudah terjamin, kata pengarah eksekutif Ilham Center, Azlan Zainal.

Menurutnya, parti kerajaan itu perlu mengekalkan jumlah undi India dan Cina yang diperolehi dalam pilihan raya lepas dan meraih sekurang-kurangnya 20 peratus undi Melayu.

“Jika semua ini gagal didapati, BN bakal keluar sebagai pemenang dengan majoriti selesa,” katanya lagi dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kajian dijalankan ke atas 396 responden itu menunjukkan pengundi lebih cenderung menyokong bekas menteri besar dan bekas Adun Rantau selama tiga penggal itu.

Ini kerana, ramai pengundi yang dikaji itu mendapati Mohamad lebih berwibawa berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Dr S Streram.

“Pendekatan beliau yang mudah mesra, kerap turun padang bertemu rakyat, merendah diri dan prihatin dengan kebajikan rakyat menambat hati pengundi di sini.

“Responden juga bersetuju bahawa Tok Mat (Mohamad) mempunyai kredibiliti yang lebih tinggi sebanyak 81.6 peratus berbanding calon PH, Dr S Streram 17.7 peratus dan lain-lain calon.

Kajian badan itu mendapati, Streram tidak popular dan tidak dianggap sebagai anak tempatan DUN Rantau. Malah Ketua Cabang PKR Rembau, R Tanggam lebih popular dan dikenali pengundi di situ, kata Azlan.

Badan itu menjangka, sebanyak 24.5 peratus undi yang diraih PH juga akan beralih kepada BN dalam PRK kali ini.

Faktor utama yang menyumbang kepada perkara itu adalah populariti Mohamad, isu kos sara hidup dan kegagalan PH menunaikan janji manifesto.

Turut menyumbang adalah rasa tidak puas hati pengundi ke atas kerajaan negeri dan persepsi bahawa kerajaan PH gagal membela Melayu dan Islam, kata Azlan.

Menurutnya lagi, PH sedang bergelut untuk mempertahankan sokongan bukan Melayu terutama pengundi India dan masih sukar mendapatkan undi Melayu.

Jelas Azlan, hanya 46.6% sahaja yang telah memberi komitmen untuk mengundi S. Streram dan selebihnya cenderung untuk mengundi BN dan belum membuat keputusan.

Masalah populariti Streram antara penyumbang kerana pengundi India lebih mengenali R Tanggam, ketua cabang PKR Rembau, menurutnya lagi.

Ilham Centre mendapati, majoriti pengundi India merupakan penyokong PH tetapi ia tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan baharu.

“Seakan wujud kekecewaan segmen pengundi India terhadap Kerajaan khususnya yang melibatkan pembelaan terhadap tahap ekonomi dan kebajikan mereka.

“Ketiadaan pemimpin India yang berwibawa dalam Kerajaan yang mampu ke hadapan membela nasib mereka menjadi punca utama berlalu perubahan ketara kepada pola pengundian,” katanya. 

Selain itu, Ilham Centre mendapati, jentera PKR, Bersatu, Amanah dan DAP tidak diselia dengan baik walau sudah melalui beberapa siri pilihan raya kecil.

“Mereka bergerak mengikut jentera parti masing-masing dan tiada penyelarasan yang tersusun. Jentera PKR lebih dominan dan penglibatan jentera parti lain dilihat sangat minimum.

“Ini menggambarkan struktur jentera PH masih lagi kabur di mata akar umbi,” kata Azlan.

PH juga terlalu bergantung kepada presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menggerakkan kempen, dan kerja-kerja itu banyak dijalankan jentera luar.

Jentera BN pula baynak digerakkan oleh Mohamad, calon pilihan raya kecil itu sendiri, dan dilihat lebih fokus dan sistematik.

“PH pula terlalu menumpukan isu-isu prapilihan raya umum ke-14 dan tidak dilihat sebagai sebuah parti kerajaan,” kata Azlan lapor The Malaysian Insight


Demikianlah Artikel Mat Hasan dijangka menang PRK Rantau - Ilham Centre

Sekianlah artikel Mat Hasan dijangka menang PRK Rantau - Ilham Centre kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mat Hasan dijangka menang PRK Rantau - Ilham Centre dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/04/mat-hasan-dijangka-menang-prk-rantau.html

Subscribe to receive free email updates: