Judul : Setahun Malaysia Baharu: 39.01% Janji PH Dicapai - Tun Mahathir
link : Setahun Malaysia Baharu: 39.01% Janji PH Dicapai - Tun Mahathir
Setahun Malaysia Baharu: 39.01% Janji PH Dicapai - Tun Mahathir
PUTRAJAYA: Genap setahun Malaysia Baharu hari ini, kerajaan Persekutuan memaklumkan prestasi pencapaian Janji Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi tempoh 10 Mei 2018 sehingga 30 April 2019 adalah sebanyak 39.01 peratus.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, prestasi itu diukur melalui status kemajuan 464 Inisiatif yang merupakan dasar dan tindakan-tindakan spesifik yang dinyatakan dalam setiap janji.
“Sebanyak 53 Inisiatif atau 11.42 peratus telah ditunaikan dari 128 Inisiatif, manakala 283 Inisiatif atau 60.99 peratus adalah di peringkat Dalam Perancangan atau Belum Mula.
“Prestasi ini menunjukkan peningkatan sebanyak 29.34 peratus berbanding 9.67 peratus pada 31 Disember 2018,” katanya semasa menyampaikan Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.
Tambah Dr Mahathir, kerajaan sedar bahawa ramai dalam kalangan rakyat yang tidak berpuas hati dan menuduh Kerajaan PH telah gagal memenuhi beberapa janji-janji yang terdapat di dalam manifesto.
Katanya, ada beberapa janji yang tidak dapat ditunaikan susulan terpaksa menanggung hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan lama.
“Pertamanya, telah saya terangkan sebelum ini bahawa apabila kita mengambil-alih Kerajaan, kita dapati kerosakan yang berlaku begitu besar sehingga kita dapati kita tiada berkeupayaan untuk memenuhi janji-janji itu seberapa segera yang mungkin.
“Malahan, keutamaan kita berubah apabila kita dapati kerosakan yang berlaku itu terlampau parah dan perlu kita selesaikan terlebih dahulu.
“Umpamanya untuk hapus tol PLUS sahaja, RM30 bilion diperlukan, dan beberapa bilion lagi untuk memperbaiki jalan tiap tahun,” ujarnya.
Mengulas lanjut, dari sudut reformasi undang-undang kata Dr Mahathir, undang-undang zalim dan menekan rakyat sudah dibatal atau dihenti penguatkuasaannya.
“Pelaksanaan hukum bunuh dihenti sementara meneliti pendapat rakyat yang tidak semuanya bersetuju hukum ini dihapuskan.
“Demikian juga undang-undang berkenaan berita palsu telah digantung sementara menunggu penghapusan.
“Media diberi kebebasan sepenuhnya tanpa perlu menunggu arahan atau pesanan dari pemimpin-pemimpin atau orang suruhan mereka di Putrajaya seperti sebelum ini,” katanya.
Katanya, pencapaian ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam membina negara dan memenuhi harapan rakyat.
“Inisiatif-inisiatif spesifik telah dilaksanakan untuk kesejahteraan warga Felda dan masyarakat India dimana usaha ini sedang dipergiatkan. Begitu juga inisiatif untuk kaum wanita turut dipertingkatkan.
“Inisiatif-inisiatif untuk memberi peluang untuk anak-anak muda memain peranan penting di dalam pembuatan dasar turut ditekankan. Pada masa sama, kita yakin akan dapat membangunkan 100,000 rumah mampu milik bagi 2019.
“Kita ada empat tahun lagi untuk memastikan semua janji-janji tersebut dapat dilaksanakan dan kita yakin kesemuanya akan tercapai sebelum mandat pemerintahan kita berakhir,” katanya.
Mengakui bahawa kerajaan PH mempunyai kekurangan dan kesilapan, Dr Mahathir menegaskan, kerajaan komited melakukan sedaya mungkin dan berusaha untuk memperbaikinya.
“Sokongan rakyat amat penting untuk menjayakan pelbagai program dan inisiatif dan kerana itu, pada hari ini Kerajaan ini kembali kepada rakyat untuk melaporkan pencapaian dan usaha-usaha yang telah, sedang dan akan dilaksanakan,” katanya lagi lapor AstroAwani
Demikianlah Artikel Setahun Malaysia Baharu: 39.01% Janji PH Dicapai - Tun Mahathir
Sekianlah artikel Setahun Malaysia Baharu: 39.01% Janji PH Dicapai - Tun Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Setahun Malaysia Baharu: 39.01% Janji PH Dicapai - Tun Mahathir dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/05/setahun-malaysia-baharu-3901-janji-ph.html