Judul : Setahun PH: Kemenangan Ini Libatkan Pengorbanan
link : Setahun PH: Kemenangan Ini Libatkan Pengorbanan
Setahun PH: Kemenangan Ini Libatkan Pengorbanan
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) melibatkan kesedaran serta pengorbanan mereka yang mahukan perubahan dan reformasi sejak 20 tahun lepas.
Menerusi perutusan sempena ulang tahun pertama pentadbiran PH, Anwar mengakui kemenangan PH itu melibatkan air mata dan keringat bagi merealisasikan ledakan kuasa rakyat pada PRU-14 yang diadakan 9 Mei lepas.
"Alhamdulillah, hari ini ulang tahun pertama pentadbiran PH dan ulang tahun pertama negara ini berjaya menundukkan kebobrokan, kebejatan dan keangkuhan.
"Berkat dukungan dan sokongan rakyat berbilang kaum dan agama, akhirnya memungkinkan peralihan kuasa yang aman dan demokrasi," katanya.
Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson turut mengajak rakyat negara ini merenung semula setiap pencapaian pentadbiran PH memandangkan masih banyak perlu ditunaikan serta diperbaiki supaya Malaysia kembali dihormati dunia.
"Usaha PH dalam menggagas reformasi juga harus dimaknai dengan dasar ekonomi yang mengangkat dan membebaskan masyarakat," katanya sambil berharap agar kekayaan negara turut dinikmati setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan berpendapatan rendah.
Anwar secara peribadi turut menyatakan penghargaan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sentiasa berusaha menggembleng tenaga dalam usaha mengubah landskap politik negara ke arah pencapaian dikecapi ketika ini.
"Justeru, marilah bersama-sama merapatkan saf dan kembali membetulkan tekad dalam memaknai perubahan yang diimpikan," katanya.
Beliau turut mengingatkan agar sebarang ancaman api perkauman dan kejumudan dihapuskan supaya tidak timbul masalah dalam hubungan antara kaum serta agama di negara ini.
Katanya, situasi tersebut perlu dikawal bagi memudahkan PH meletakkan negara kembali ke landasannya lapor Kosmo
Demikianlah Artikel Setahun PH: Kemenangan Ini Libatkan Pengorbanan
Sekianlah artikel Setahun PH: Kemenangan Ini Libatkan Pengorbanan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Setahun PH: Kemenangan Ini Libatkan Pengorbanan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/05/setahun-ph-kemenangan-ini-libatkan.html