SPR Bantu BN Pindah Pengundi Tentera Sebelum PRU14?

SPR Bantu BN Pindah Pengundi Tentera Sebelum PRU14? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR Bantu BN Pindah Pengundi Tentera Sebelum PRU14?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR Bantu BN Pindah Pengundi Tentera Sebelum PRU14?
link : SPR Bantu BN Pindah Pengundi Tentera Sebelum PRU14?

Baca juga


SPR Bantu BN Pindah Pengundi Tentera Sebelum PRU14?


PEGAWAI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Pertahanan (Kementah) bersekongkol membina empat kem tentera sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 untuk membantu Barisan Nasional (BN), dedah laporan audit urus niaga pertukaran tanah yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.

“Beberapa kem tentera termasuk di Bera, Segamat, Paloh dan Hutan Melintang dibina bagi tujuan politik untuk memindahkan pengundi sebelum PRU14,” kata laporan itu.

Selain itu, beberapa pegawai SPR turut terlibat menasihati BN mengenai persiapan di kem berkenaan sebelum pengundi tentera boleh dipindahkan menjelang suku ketiga 2017.

Nama pengundi perlu ada dalam senarai daftar pengundi sebelum suku ketiga tahun itu untuk layak mengundi dalam PRU14 pada Mei tahun lalu.

Maklumat itu terkandung dalam laporan audit oleh bekas ketua audit negara Ambrin Buang.

Ambrin ditugaskan oleh pentadbiran Pakatan Harapan untuk meneliti dan menyiasat isu-isu tadbir urus, perolehan dan kewangan negara yang dilakukan oleh kerajaan sebelumnya.

Laporan urus niaga tukar tanah, yang berlaku antara Julai dan Disember tahun lalu, akan dikeluarkan Khamis ini apabila Menteri Pertahanan Mohamad Sabu membentangkannya di Dewan Negara.

Mohamad mendedahkan pada Februari lalu kerajaan rugi RM500 juta susulan urus niaga tukar tanah itu.

Laporan audit itu menyebut beberapa pegawai SPR melawat kem Hutan Melintang tiga kali pada 2017. Laporan itu turut menyebut kem Hutan Melintang masih dalam pembinaan.

Lawatan tersebut bertujuan memastikan semua perkara mustahak sudah ada sebelum pengundi tentera boleh dipindahkan ke kem baharu.

Laporan itu juga menyebut SPR memindahkan 1,536 pengundi dari kem tentera di Tambun dan Kamunting di Perak ke Hutan Melintang, yang terletak dalam kawasan parlimen Bagan Datuk.

Kawasan itu diwakili Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang juga bekas timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan.

Selain Hutan Melintang, laporan itu memperincikan permintaan daripada setiausaha politik menteri pertahanan pada 2016 untuk sebuah kem tentera dan berek tentera dibina di Paloh, yang terletak dalam kawasan parlimen Sembrong.

Menteri pertahanan pada masa itu ialah Hishammuddin Hussein, yang mengekalkan kemenangannya di Sembrong pada PRU14 setahun lalu.

Kem di Paloh dibuat untuk menambah sokongan pengundi di kerusi negeri Paloh. Pada PRU13, BN menang tipis kerusi itu dengan 103 undi.

Namun BN gagal apabila calon Pakatan Harapan Sheikh Umar Ali dari DAP menang dengan 783 undi.

Walaupun laporan audit itu mengenal pasti empat kem – Bera, Segamat, Paloh dan Hutan Melintang – yang diistilahkan sebagai projek politik, ia juga menyebut ada beberapa lagi urus niaga tukar tanah untuk keuntungan komersial.

Ada 10 urus niaga yang datang daripada cadangan syarikat swasta untuk membina kem sebagai ganti mendapatkan tanah tertentu yang dimiliki oleh Kementah bagi tujuan pembangunan hartanah.

Keseluruhannya ada 16 urus niaga, dengan lima disenaraikan sebagai siap, dua dalam pembinaan, satu dibatalkan sementara yang lain masih pada peringkat kelulusan lapor The Malaysian Insight


Demikianlah Artikel SPR Bantu BN Pindah Pengundi Tentera Sebelum PRU14?

Sekianlah artikel SPR Bantu BN Pindah Pengundi Tentera Sebelum PRU14? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPR Bantu BN Pindah Pengundi Tentera Sebelum PRU14? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/05/spr-bantu-bn-pindah-pengundi-tentera.html

Subscribe to receive free email updates: