Kilang Tayar Silverstone Di Taiping Akan Ditutup

Kilang Tayar Silverstone Di Taiping Akan Ditutup - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kilang Tayar Silverstone Di Taiping Akan Ditutup, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kilang Tayar Silverstone Di Taiping Akan Ditutup
link : Kilang Tayar Silverstone Di Taiping Akan Ditutup

Baca juga


Kilang Tayar Silverstone Di Taiping Akan Ditutup


KUALA LUMPUR: Toyo Tire Corporation akan menamatkan operasi pengeluaran tayar dari anak syarikat milik penuhnya Silverstone Malaysia Bhd (SSM) pada Jun 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Toyo Tire, Takashi Shimizu, berkata selepas penamatan operasi pengeluaran tayar Silverstone di Kamunting, Taiping, kumpulan seterusnya akan membubarkan SSM.

Beliau berkata, langkah itu diambil selepas mengambil kira persekitaran operasi, kedudukan kilang dalam strategi globalnya serta keupayaan pengeluaran.

"Toyo Tire telah sampai pada kesimpulan bahawa penutupan kilang itu tidak dapat dielakkan.

"Prosedur pembubaran akan dimulakan pada 31 Disember 2021 (dirancang) dan akan mengikuti prosedur yang diperlukan sesuai dengan peraturan dan undang-undang tempatan," katanya dalam satu makluman di laman web Toyo Tire.

Shimizu berkata, SSM mengeluarkan tayar untuk kenderaan baru dan tayar jenama Silverstone untuk penggunaan selepas pasaran, terutamanya untuk pengeluar kenderaan di Malaysia, serta tayar jenama tertentu Toyo Tires tertentu.

Beliau berkata, kumpulan turut mengendalikan satu lagi anak syarikat pembuatan di Malaysia, Toyo Tire Malaysia Sdn Bhd (TTM) yang menghasilkan tayar jenama Toyo Tire.

TTM katanya berfungsi sebagai hab global, membekalkan tayar bukan sahaja ke Asia Tenggara, tetapi juga ke pasaran global lain termasuk Amerika Utara, Eropah, dan Jepun.

Pengeluaran produk jenama Silverstone tertentu sebelum ini yang dihasilkan di SSM akan dipindahkan ke TTM.

Pengeluaran dan bekalan akan berterusan.

Mengenai kerugian yang bakal direkodkan kumpulan akibat penutupan itu, Shimizu berkata, Toyo Tire mencatatkan kerugian luar biasa berjumlah 6.27 bilion yen, dalam hasil kewangan yang digabungankan bagi tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2020.

"Ia terdiri daripada kerugian penurunan nilai sebanyak 5.11 bilion yen dan kerugian pembubaran anak syarikat dan sekutu sebanyak 1.159 bilion yen," katanya.



Demikianlah Artikel Kilang Tayar Silverstone Di Taiping Akan Ditutup

Sekianlah artikel Kilang Tayar Silverstone Di Taiping Akan Ditutup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kilang Tayar Silverstone Di Taiping Akan Ditutup dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/kilang-tayar-silverstone-di-taiping.html

Subscribe to receive free email updates: