Bukan RM1.2 Juta Tapi Hanya RM17,000 Dirampas..

Bukan RM1.2 Juta Tapi Hanya RM17,000 Dirampas.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bukan RM1.2 Juta Tapi Hanya RM17,000 Dirampas.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bukan RM1.2 Juta Tapi Hanya RM17,000 Dirampas..
link : Bukan RM1.2 Juta Tapi Hanya RM17,000 Dirampas..

Baca juga


Bukan RM1.2 Juta Tapi Hanya RM17,000 Dirampas..


Semalam 16 Feb. 2021 Portal MalaysiaNow telah melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pemimpin PKR negeri yang pernah menjadi pegawai tugas-tugas khas kepada bekas bekas menteri air, tanah dan sumber asli Xavier Jayakumar, dalam siasatan berhubung rasuah melibatkan jutaan ringgit melibatkan kementerian itu semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH)

MA Thinagaran yang juga Timbalan Pengerusi PKR Perak hari ini ditahan bersama-sama dua pengarah syarikat dalam operasi SPRM di Ipoh.

SPRM turut merampas RM1.2 juta daripada sebuah rumah dan pejabat.

Kementerian air, tanah dan sumber asli yang diketuai Xavier kini dinamakan sebagai kementerian tenaga dan sumber asli.

Sementara itu, sumber sama memberitahu MalaysiaNow bank akaun milik individu dan syarikat dengan wang berjumlah RM77 juta dibekukan.

Difahamkan, kereta mewah yang dirampas digunakan Xavier sebagai kereta rasminya semasa menjadi menteri.

Sumber yang mengetahui mengenai siasatan itu memberitahu MalaysiaNow rasuah itu melibatkan penganugerahan projek pasir yang berada di bawah bidang kuasa Xavier. 

Xavier yang juga naib presiden PKR dan Thinagaran merupakan antara yang dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada Istana Kelantan pada 2019.

Itu laporan dari MalaysiaNow..

Bagaimanapun melalui satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Pengerusi PKR Perak Farhah Wafa Salvador Rizal Mubarak menafikan aset dan jutaan ringgit wang dirampas dalam kes tersebut. 

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, hanya sejumlah wang tunai bernilai RM17 ribu telah dirampas daripada M A Tinagaran untuk siasatan.

Beliau turut menafikan sebuah kereta yang telah disita oleh SPRM milik Timbalan Pengerusi KEADILAN Perak itu tetapi sebaliknya ia merupakan kenderaan kepunyaan seorang kenalan kepada Tinagaran.

“Lebih mendukacitakan adalah apabila beberapa portal lain juga sekadar memetik sumber untuk mensasikan laporan tanpa membuat usul periksa secara lanjut.

“Saya ingin mengingatkan bahawa penyebaran berita palsu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Diharap kerajaan tidak bersikap berat sebelah di dalam pemantauan berkenaan isu ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak Datuk Mohd. Fauzi Mohamad ditanya mengenai perkara itu berkata, pihaknya tidak membuat sebarang penahanan atau memanggil Tinagaran

IPOH: PKR Perak berharap siasatan telus tanpa sebarang campur tangan ke atas Timbalan Pengerusinya, M. A. Tinagaran yang dikatakan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, semua pihak juga diharap bertenang dan tidak membuat sebarang andaian berhubung perkara itu.

“Saya telah dimaklumkan bahawa Tinagaran dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan hari ini.

“Diharap siasatan akan dijalankan secara telus dan semoga proses perundangan berjalan secara lancar tanpa sebarang campur tangan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut Farhash Wafa, beliau berharap keluarga Tinagaran bersabar menempuh dugaan tersebut di samping sokongan sahabat dan penyokong parti.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak Datuk Mohd. Fauzi Mohamad ditanya mengenai perkara itu berkata, pihaknya tidak membuat sebarang penahanan atau memanggil Tinagaran

“Tak ada,” katanya menerusi pesanan ringkas aplikasi Whatsapp kepada Utusan Malaysia.

Menurut laporan sebuah portal hari ini, Tinagaran ditahan setelah hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan membabitkan isu projek pembangunan di Perak. – UTUSAN


Demikianlah Artikel Bukan RM1.2 Juta Tapi Hanya RM17,000 Dirampas..

Sekianlah artikel Bukan RM1.2 Juta Tapi Hanya RM17,000 Dirampas.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bukan RM1.2 Juta Tapi Hanya RM17,000 Dirampas.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/bukan-rm12-juta-tapi-hanya-rm17000.html

Subscribe to receive free email updates: