'Datuk Seri' Bekas Timbalan Menteri Dipanggil Polis

'Datuk Seri' Bekas Timbalan Menteri Dipanggil Polis - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Datuk Seri' Bekas Timbalan Menteri Dipanggil Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Datuk Seri' Bekas Timbalan Menteri Dipanggil Polis
link : 'Datuk Seri' Bekas Timbalan Menteri Dipanggil Polis

Baca juga


'Datuk Seri' Bekas Timbalan Menteri Dipanggil Polis


SUNGAI SIPUT: Bekas timbalan menteri bergelar Datuk Seri antara individu yang akan dipanggil memberi keterangan berkaitan kes tular kononnya polis menahan perarakan pengebumian mayat dengan kenderaan di Jalan Lintang dekat sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, dakwaan itu tidak benar kerana polis tidak menahan kenderaan itu bagi tujuan menghalang perarakan tersebut sebaliknya menasihati mereka agar mematuhi peraturan lalu-lintas.


Malah katanya, tiada tindakan mahupun saman dikeluarkan pihak polis ke atas rombongan berkenaan.

“Polis akan memanggil beberapa orang termasuk yang didakwa sebagai orang kenamaan untuk memberi keterangan selain media yang telah mengeluarkan berita tidak sahih itu,” katanya ketika ditemui pada perhimpunan sempena Majlis Peringatan Hari Polis ke-214 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput di sini hari ini.

Menceritakan insiden tersebut, Mohd. Khaizam memberitahu, kejadian berlaku semasa sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Siput sedang menjalankan rondaan cegah jenayah dan mendapati aliran trafik di lampu isyarat di Jalan Lintang agak terganggu.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, keadaan itu berpunca ekoran tindakan anggota agensi sukarelawan yang memberhentikan dan melencongkan kenderaan bagi memberi laluan kepada perarakan berkenaan.

“Tindakan menahan rombongan tersebut bukan bertujuan menghalang atau tidak menghormati mayat, tetapi, menasihati mereka agar patuh kepada peraturan lalu-lintas.

“Nasihat juga diberikan kepada anggota agensi sukarelawan terbabit agar tidak sewenang-wenangnya melencongkan kenderaan kerana ia bukan di bawah bidang kuasa agensi berkenaan,” katanya.


Tambah beliau, selepas menahan rombongan itu, mereka membuat provokasi ke atas anggota dan tindakan itu bukan satu langkah bijak dan melanggar peraturan.

“Berdasarkan maklumat, konvoi itu dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebanyak dua kali dan tindakan tersebut boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Kejadian seumpama ini bukan pertama kali berlaku dan dalam hal ini, polis hanya menjalankan tugas yang diamanahkan untuk kesejahteraan masyarakat dan sekiranya didapati melanggar peraturan, maka, sudah tentu tindakan akan diambil,” katanya.

Terdahulu, beberapa gambar dan video berdurasi dua minit 19 saat tular di media sosial yang memaparkan provokasi dilakukan beberapa individu termasuk seorang bekas timbalan menteri kerana berang perarakan kenderaan membawa mayat ditahan polis. 


Sumber: UTUSAN 


Demikianlah Artikel 'Datuk Seri' Bekas Timbalan Menteri Dipanggil Polis

Sekianlah artikel 'Datuk Seri' Bekas Timbalan Menteri Dipanggil Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Datuk Seri' Bekas Timbalan Menteri Dipanggil Polis dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/datuk-seri-bekas-timbalan-menteri.html

Subscribe to receive free email updates: