Judul : UMNO Tentu Gerun Dengan Amaran Dari MIC Ini..
link : UMNO Tentu Gerun Dengan Amaran Dari MIC Ini..
UMNO Tentu Gerun Dengan Amaran Dari MIC Ini..
Tulis Naib Presiden MIC...
Saya terbaca kenyataan Ketua Puteri Umno Sungai Siput yang meminta agar Parlimen Sungai Siput diserahkan kepada Umno kerana calon-calon MIC sebelum ini kalah untuk tiga kali berturut-turut.Pertama saya ingin mengingatkan kepada kepimpinan tertinggi Umno supaya berhenti menggunakan taktik “baling batu, sembunyi tangan” seperti ini.Jika kamu tidak berpuas hati dengan MIC, anda boleh cakap terus terang dengan kami.Tidak perlu hantar wakil bercakap tentang perkara - perkara yang melibatkan hal ehwal Majlis Tertinggi Barisan Nasional, lebih-lebih lagi soal Parlimen Sungai Siput yang merupakan kerusi tradisi Presiden MIC.Jangan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional diam seribu bahasa, tapi diluar hantar orang buat kerja - kerja yang memalukan sebegini.Kedua saya juga ingin mengingatkan kepada kepimpinan tertinggi Umno supaya jangan terlalu sombong dan “syok sendiri”. Berhenti dulu perangai hendak meminta semua kerusi untuk dibertanding seolah-olah kamu boleh menang semua tempat. Kepimpinan tertinggi Umno perlu belajar hormat rakan-rakan komponen.MIC dan MCA setia bersama Umno dalam Barisan Nasional sejak penubuhan lagi. MIC mahupun MCA tidak pernah lari daripada Umno atau Barisan Nasional sewaktu susah.Susah atau senang, MIC dan MCA tetap bersama Barisan Nasional. Apa yang pimpinan Umno ini susah sangat faham soal hormat-menghormati antara rakan-rakan komponen?Pada asalnya kamu yang mahu berkerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional dan Bersatu melalui Perikatan Nasional. Kemudian apabila kerjasama itu tidak menepati kemahuan kamu, kamu bergaduh pula dengan mereka tanpa berbincang dengan kami.Bila perbincangan kerusi dengan mereka tidak menepati kemahuan kamu, kini kamu mahu ambil kerusi-kerusi tradisi rakan komponen pula.Kenapa tak berani berbincang soal perkara-perkara ini dalam Majlis Tertinggi Barisan Nasional? Kamu mahu Barisan Nasional bersama kamu. Bukan main lagi puji rakan-rakan komponen di Persidangan Agung Umno hari ini di atas kesetiaan dan sebagainya tapi tak sampai dua hari kemudian, kamu hendak “tikam” rakan komponen sebegini?Selesai dulu masalah dalaman kamu sebelum kamu hendak campur tangan dalam hal ehwal rakan komponen.Kalau nak dikatakan rakan-rakan komponen tidak bertolak ansur dengan Umno, saya cadang kita tanya Presiden Umno mengapa dan untuk selamatkan siapa MIC lepaskan kerusi Cameron Highlands pada PRK Cameron Highlands tempoh hari?Untuk selamatkan saya atau untuk selamatkan satu daripada dua kerajaan negeri yang dipimpin oleh Barisan Nasional ketika itu. Cuba Presiden Umno jawab.Kalau ikutkan logik kenyataan tersebut, sepatutnya Cameron Highlands pun dipulangkan semula kepada MIC. Saya menang Parlimen Cameron Highlands pada PRU-14. Calon-calon MIC sebelum saya pun tetap menang.Kenapa selepas PRK Cameron Highlands tempoh hari, Umno mahu kekalkan Cameron Highlands sebagai kerusi Umno walaupun pada asalnya perjanjiannya adalah hanya untuk “meminjam”?Umno harus menghargai pengorbanan kami, walaupun semasa pembentukan kabinet di bawah Perikatan Nasional (PN) tahun lalu, presiden Umno tidak membawa nama MIC untuk timbalan menteri dan senator, dan hanya mencadangkan pemimpin Umno untuk dilantik sebagai ahli kabinet dan senator.Adakah presiden Umno boleh menafikan perkara ini?Walaupbagaimanaupun atas dasar perjuangan BN, kami masih setia dengan Umno sehingga hari ini. Jangan beranggapan kesetiaan parti-parti komponen ini membuta tuli.Kami setia bersama kamu dalam Barisan Nasional. Belajar hormat dulu perlembangaan Barisan Nasional. Belajar hormat dulu prinsip hormat-menghormati antara rakan komponen yang terkandung dalam perlembagaan Barisan Nasional.Jangan anggap MIC atau MCA hanya sekadar menjadi “pak turut”. Kesetiaan kami pun ada hadnya.Jawab dulu persoalan yang dibangkitkan oleh Presiden MIC. Siapakah calon Perdana Menteri Barisan Nasional untuk PRU 15? Tetapkan jawapan untuk soalan ini terlebihdahulu sebelum kamu hendak menyentuh hal ehwal rakan komponen dan berunding kerusi-kerusi komponen bagi pihak MIC dan MCA.Jangan anggap semua perkara perlu dan akan berlaku berdasarkan kemahuan anda semata-mata.Seperti mana yang kamu berhak untuk mengambil keputusan demi parti kamu, kami juga berhak untuk mengambil keputusan demi parti kami. Tidak semestinya kedua-dua keputusan itu sama. Hormat rakan komponen terlebih dahulu, jika kamu mahu rakan komponen menghormati kamu.Jika Umno merasakan Umno terlalu kuat dan tidak memerlukan sokongan rakan-rakan komponen, baik Umno bertanding PRU 15 nanti pakai lambang Umno sahaja. Tak perlu lagi bertanding sebagai Barisan Nasional.DATUK SIVARRAJH CHANDRANNaib Presiden MIC.
Pergh!!.. mesti gerun Zahid Hamidi dan UMNO dengan kenyataan dari Naib Presiden MIC ini..
Tapi.. Naib Presiden sajalah yang berani nak bersuara.. itupun sebab tak ada jawatan dalam Kabinet.. kalau ada tentu dia pun membisu..
Demikianlah Artikel UMNO Tentu Gerun Dengan Amaran Dari MIC Ini..
Sekianlah artikel UMNO Tentu Gerun Dengan Amaran Dari MIC Ini.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel UMNO Tentu Gerun Dengan Amaran Dari MIC Ini.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/umno-tentu-gerun-dengan-amaran-dari-mic.html