Menteri UMNO Terkejut Zahid Jadikan BERSATU 'Punching Bag'

Menteri UMNO Terkejut Zahid Jadikan BERSATU 'Punching Bag' - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menteri UMNO Terkejut Zahid Jadikan BERSATU 'Punching Bag', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri UMNO Terkejut Zahid Jadikan BERSATU 'Punching Bag'
link : Menteri UMNO Terkejut Zahid Jadikan BERSATU 'Punching Bag'

Baca juga


Menteri UMNO Terkejut Zahid Jadikan BERSATU 'Punching Bag'


Menteri Kabinet dari Umno semalam menzahirkan rasa terkejut dengan serangan bertali arus presiden mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata sumber berhubung pertemuan ringkas mereka dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin petang semalam.

Difahamkan, pertemuan itu dihadiri hampir kesemua menteri dan timbalan menteri Umno di Putrajaya dengan kebanyakan daripada mereka mengakui tidak mempunyai “penjelasan yang logik” berhubung siri ucapan yang menyerang Bersatu dan PN.

“Mereka berkata, mereka sendiri tidak faham mengapa sasaran ucapan Perhimpunan Agung Umno kepada parti yang sama memberikan mereka jawatan dan kuasa ketika menjadi pembangkang,” kata sumber, beberapa jam selepas pertemuan tamat tanpa sebarang keputusan jelas.

Perhimpunan Agung Umno hujung minggu lalu menyaksikan pemimpin dan perwakilan parti menyerang Bersatu dalam menyokong presiden parti Ahmad Zahid Hamidi untuk memutuskan hubungan dengan PN.

Pemimpin tertinggi parti turut menggesa Umno menjadi dominan semula, mengatakan tidak mahu menjadi pemain kedua dalam mana-mana kerajaan.

Terdahulu, terdapat spekulasi tentang pertemuan semalam, mengatakan menteri dan timbalan menteri dari Umno menawarkan peletakan jawatan mereka secara serta merta daripada Kabinet kepada Muhyiddin.

Sumber bagaimanapun menafikan perkara itu dibincangkan.

“Satu-satunya perkara diberitahu kepada perdana menteri ialah apa yang mereka katakan sebagai punca utama kepada serangan itu. Mereka mengatakan ia merupakan rancangan jahat kumpulan kluster mahkamah dalam kepimpinan Umno,” tambahnya.

Kluster mahkamah merujuk kepada sekumpulan bekas pemimpin kerajaan dari Umno yang berdepan dengan pelbagai pendakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah.

Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak, jika dicampurkan kedua-duanya mempunyai lebih daripada 80 pendakwaan, mengetuai kempen menyerang Muhyiddin, menuduh bekas timbalan presiden Umno itu mengenepikan parti Melayu itu dalam jawatan penting kerajaan.

Kritikan mereka dipertingkatkan selepas Najib disabitkan bersalah atas tujuh pendakwaan rasuah Julai tahun lepas, lima bulan selepas beliau dan ahli-ahli Parlimen Umno menyokong Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri.

Pada Oktober, kedua-dua Zahid dan Najib menulis surat kepada Agong, menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri melalui pembelotan ahli-ahli Parlimen.

Tidak berapa lama selepas itu Anwar mengakui terdapat perbincangan dengan pemimpin Umno untuk bekerjasama.

Sementara itu, satu sumber berkata, semasa perbincangan tidak formal selepas pertemuan, perbandingan dilakukan antara serangan dilakukan Zahid terhadap menteri-menteri daripada partinya dengan kritikan Anwar terhadap menteri-menteri PKR semasa berasa dalam kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

“Kelihatan Zahid meniru cara yang dilakukan Anwar,” kata sumber itu.

Lebih kurang dua minggu lepas, Barisan Nasional terpaksa menarik balik kenyataan dikeluarkan Zahid selepas didapati hampir sama dengan kenyataan berasingan dikeluarkan Anwar.

Sumber: MalaysiaNow


Demikianlah Artikel Menteri UMNO Terkejut Zahid Jadikan BERSATU 'Punching Bag'

Sekianlah artikel Menteri UMNO Terkejut Zahid Jadikan BERSATU 'Punching Bag' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menteri UMNO Terkejut Zahid Jadikan BERSATU 'Punching Bag' dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/menteri-umno-terkejut-zahid-jadikan.html

Subscribe to receive free email updates: