Datuk Seri Diburu Polis Bagi Kes Pengubahan Wang Haram

Datuk Seri Diburu Polis Bagi Kes Pengubahan Wang Haram - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Datuk Seri Diburu Polis Bagi Kes Pengubahan Wang Haram, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Datuk Seri Diburu Polis Bagi Kes Pengubahan Wang Haram
link : Datuk Seri Diburu Polis Bagi Kes Pengubahan Wang Haram

Baca juga


Datuk Seri Diburu Polis Bagi Kes Pengubahan Wang Haram

 


JOHOR BAHRU,Polis mengesan seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung sindiket pengubahan wang haram serta jenayah komersial.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang berusia 33 tahun dikesan dengan alamat terakhirnya ialah di Trigon Residence Unit 1009, Puchong, Selangor.


Katanya, pengasas Winner Dynasty Group itu dikehendaki untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.

“Semalam, polis Johor mengadakan operasi dan serbuan di Puchong, Selangor dan menahan 12 individu termasuk seorang lagi yang berpangkat Datuk Seri.


“Sindiket ini besar dan banyak membabitkan penipuan dan scam. Suspek adalah seorang yang berpengaruh dan mempunyai banyak hubungan dengan ramai orang kenamaan termasuk pegawai daripada agensi penguat kuasa,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Ayob khan turut mengingatkan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada mana-mana individu yang cuba melindungi suspek.

“Kita ingin minta kerjasama daripada semua pihak yang mempunyai maklumat untuk berhubung dengan kita.

“Sebarang maklumat boleh menghubungi Asisten Superintendan V Prakash di talian 012-5209767 atau balai polis berhampiran,” katanya.

Sebelum ini, Soon Hee pernah ditahan kerana mencederakan dua anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang bertugas di perkarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, Kuala Lumpur, empat tahun lalu.


Demikianlah Artikel Datuk Seri Diburu Polis Bagi Kes Pengubahan Wang Haram

Sekianlah artikel Datuk Seri Diburu Polis Bagi Kes Pengubahan Wang Haram kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Datuk Seri Diburu Polis Bagi Kes Pengubahan Wang Haram dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/datuk-seri-diburu-polis-bagi-kes.html

Subscribe to receive free email updates: