RM20,000 Sebulan Habuan Dedah Info Mesyuarat MT UMNO? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RM20,000 Sebulan Habuan Dedah Info Mesyuarat MT UMNO?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
RM20,000 Sebulan Habuan Dedah Info Mesyuarat MT UMNO?link :
RM20,000 Sebulan Habuan Dedah Info Mesyuarat MT UMNO?
Baca juga
RM20,000 Sebulan Habuan Dedah Info Mesyuarat MT UMNO?
Salah seorang daripada dua ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dikenal pasti sering membocorkan segala maklumat setiap kali mesyuarat parti diadakan, didakwa menerima habuan RM20,000 setiap bulan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber mendedahkan, individu tersebut menerimanya sejak dua tahun lalu sebagai ganjaran menyalurkan sebarang maklumat berkaitan apa sahaja keputusan MT dan yang berlaku di peringkat bahagian.
Dakwanya, mereka juga dikatakan telah merekrut beberapa lagi ahli parti di peringkat bahagian seluruh negara untuk bersekongkol.
“Difahamkan mereka yang bersekongkol dengan individu ini dikatakan menerima habuan RM10,000 setiap bulan. Gerak kerja mereka ini telah berjalan sejak Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” dakwanya.
Lebih mengejutkan, dakwa sumber itu, habuan yang diterima oleh mereka yang cuba mengkhianati UMNO, datang daripada seorang tokoh politik berpengaruh di negara ini.
Pendedahan itu adalah rentetan daripada ucapan sewaktu pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan ketua-ketua bahagian, pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO peringkat Perhubungan Negeri Melaka di Villa D’Acqua Homestay, Masjid Tanah dekat sini Isnin lalu.
Yang hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.
Terdahulu Ahmad Zahid berkata, UMNO mengenal pasti dua ahlinya yang sering membocorkan segala maklumat setiap kali mesyuarat MT kepada pihak tidak bertanggungjawab.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu jelas berang dengan sikap dua Ahli MT berkenaan kerana sanggup menyalurkan semua maklumat dan butiran setiap kali mesyuarat.
“UMNO tidak lagi boleh bertolak ansur dengan sikap ahli yang cuba menghancurkan parti,’’ katanya yang mengusulkan ahli itu dipecat.
Demikianlah Artikel RM20,000 Sebulan Habuan Dedah Info Mesyuarat MT UMNO?
Sekianlah artikel RM20,000 Sebulan Habuan Dedah Info Mesyuarat MT UMNO? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RM20,000 Sebulan Habuan Dedah Info Mesyuarat MT UMNO? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/rm20000-sebulan-habuan-dedah-info.html