Dua MT Dedah Maklumat Mesyuarat UMNO? Boleh Percaya Ka Zahid Ni?

Dua MT Dedah Maklumat Mesyuarat UMNO? Boleh Percaya Ka Zahid Ni? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua MT Dedah Maklumat Mesyuarat UMNO? Boleh Percaya Ka Zahid Ni?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua MT Dedah Maklumat Mesyuarat UMNO? Boleh Percaya Ka Zahid Ni?
link : Dua MT Dedah Maklumat Mesyuarat UMNO? Boleh Percaya Ka Zahid Ni?

Baca juga


Dua MT Dedah Maklumat Mesyuarat UMNO? Boleh Percaya Ka Zahid Ni?


ALOR GAJAH: UMNO mengenal pasti dua ahlinya yang sering membocorkan segala maklumat setiap kali mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu kepada pihak tidak bertanggungjawab.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sewaktu berucap di hadapan Ketua-ketua Bahagian, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO peringkat Perhubungan Negeri Melaka di Villa D’Acqua Homestay, Masjid Tanah, Isnin lalu.


Yang hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Ahmad Zahid bersama Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan kerja meninjau persiapan Barisan Nasional (BN) negeri ini dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, dedah sumber, bekas Timbalan Perdana Menteri itu jelas berang dengan sikap dua Ahli MT berkenaan kerana sanggup menyalurkan semua maklumat dan butiran setiap kali mesyuarat.


“Ahmad Zahid maklumkan dua MT iaitu masing-masing lelaki dan wanita dikenal pasti hasil siasatan dilakukan.

“UMNO tidak lagi boleh bertolak ansur dengan sikap ahli yang cuba menghancurkan parti. Presiden UMNO akan umumkan nama mereka tidak lama lagi serta tindakan yang mungkin diambil iaitu memecat keahlian mereka daripada UMNO,” katanya yang hadir dalam perjumpaan terbabit.

Bagaimanapun, kata sumber itu lagi, Ahmad Zahid tidak mengumumkan nama kedua-dua mereka dan dari bahagian mana.


Dalam ucapan itu juga, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut meminta seluruh bahagian di negeri ini melakukan gerak kerja yang lebih tersusun untuk memenangi hati rakyat, bagi meyakinkan pengundi untuk memilih UMNO dan BN.

“Presiden UMNO tidak mahu ahli parti yang hanya pandai berpidato tetapi hasil gerak kerja di peringkat bahagian dan cawangan tidak dilaksanakan dengan sempurna,” jelas sumber itu lagi.

Sumber: UTUSAN ONLINE


Demikianlah Artikel Dua MT Dedah Maklumat Mesyuarat UMNO? Boleh Percaya Ka Zahid Ni?

Sekianlah artikel Dua MT Dedah Maklumat Mesyuarat UMNO? Boleh Percaya Ka Zahid Ni? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua MT Dedah Maklumat Mesyuarat UMNO? Boleh Percaya Ka Zahid Ni? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/dua-mt-dedah-maklumat-mesyuarat-umno.html

Subscribe to receive free email updates: