Belum Apa-apa Lagi.. Anwar Dah Kena Sailang..

Belum Apa-apa Lagi.. Anwar Dah Kena Sailang.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Belum Apa-apa Lagi.. Anwar Dah Kena Sailang.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Belum Apa-apa Lagi.. Anwar Dah Kena Sailang..
link : Belum Apa-apa Lagi.. Anwar Dah Kena Sailang..

Baca juga


Belum Apa-apa Lagi.. Anwar Dah Kena Sailang..

 


PETALING JAYA: Seramai lima wakil rakyat pembangkang termasuk seorang Ahli Dewan Negara menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat dan menggesa blok pembangkang terus diperkukuhkan.

Mereka melibatkan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahudddin Ayub (Timbalan Presiden Parti Amanah Negara); Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd. Azis Jamman (Ketua Wira Parti Warisan Sabah) dan Ahli Dewan Negara, Liew Chin Tong (Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP).


Dua lagi ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Pengasas Muda) dan Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian (Parti Sarawak Bersatu).

Menerusi kenyataan bersama, mereka menyeru Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengukuhkan blok besar pembangkang dan menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat.

“Sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak perlu dibina berdasarkan asas ini. Kita perlu menggembleng usaha dan menumpukan kekuatan bersama sebagai satu suara untuk mengangkat agenda rakyat demi kelangsungan hidup semua,” kata kenyataan itu hari ini.


Semalam, Anwar yang juga Presiden PKR dalam sidang akhbar memaklumkan pihaknya tidak menafikan kemungkinan wujud kerjasama dengan UMNO.

Tambah kenyataan itu lagi, Malaysia telah melangkaui setahun kegagalan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) apabila berdepan dengan kecelaruan pentadbiran dan pengurusan ekonomi negara ketika Malaysia dilanda pandemik Covid-19 yang berpanjangan ini.

Justeru itu kata kenyataan itu, blok pembangkang perlu mengukuhkan kerjasama dan kesepakatan sesama parti dan ahli Parlimen bagi membawa satu agenda bersama untuk memulihkan Malaysia.


“Sepanjang negara melalui krisis tiga serangkai iaitu ekonomi, kesihatan dan politik, kepemimpinan PN tidak menonjolkan arah tuju dan rancangan yang jelas.

“Kelompongan ini perlu dimanfaatkan oleh blok pembangkang dengan mengetengahkan satu gagasan bersama berlandaskan agenda peduli rakyat.

“Tatkala PN gagal menzahirkan kemampuan dan iltizam, blok pembangkang perlu bersama-sama menunjukkan suri tauladan kepemimpinan dengan menyusun dasar dan inisiatif yang membantu rakyat kebanyakan,” tambah kenyataan itu.

Sumber: Utusan


Demikianlah Artikel Belum Apa-apa Lagi.. Anwar Dah Kena Sailang..

Sekianlah artikel Belum Apa-apa Lagi.. Anwar Dah Kena Sailang.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Belum Apa-apa Lagi.. Anwar Dah Kena Sailang.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/belum-apa-apa-lagi-anwar-dah-kena.html

Subscribe to receive free email updates: