Ekzos Bising: Najib Jugak Jadi Hero..

Ekzos Bising: Najib Jugak Jadi Hero.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ekzos Bising: Najib Jugak Jadi Hero.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ekzos Bising: Najib Jugak Jadi Hero..
link : Ekzos Bising: Najib Jugak Jadi Hero..

Baca juga


Ekzos Bising: Najib Jugak Jadi Hero..


Turun naik Mahkamah menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta sudah menjadi rutin kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini menghadapi pelbagai tuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kuasa.

Namun begitu beliau kini dianggap sebagai hero kepada orang ramai kerana apa yang diulas dan diperkatakan oleh beliau di media sosial terutamanya di Facebook seringkali mendapat perhatian daripada Kerajaan seperti isu pengeluaran wang KWSP, moratorium dan sebagainya.


Dan terbaru mengenai ekzos motor yang bising pula dan ianya telah mendapat perhatian dari pihak Jabatan Pengangkutan Jalan.

Ianya bermula bilamana sekumpulan lelaki menyapa beliau ketika sedang berjalan bersama pegawai dan pengawal peribadinya di dalam kawasan Mahkamah Duta.

Apa yang menarik mereka meminta bekas Perdana Menteri itu mengulas isu ekzos motor di Facebook.

"Bossku, kalau boleh isu pasal ekzos tu tolong bom sikit di Facebook." kata salah seorang lelaki di situ.

"Apadia?" tanya Najib dan tiba-tiba berhenti di situ.

"Ekzos bising, ekzos bising.."ulang lelaki itu lagi.

"Owh ekzos motor.." kata Najib.


Selasa 16 Mac 2021, 15:15 di laman Facebook miliknya Najib menulis..

Tempoh pengampunan (grace period) yang munasabah bagi pengguna kenderaan untuk perbaiki kenderaan untuk mengikut undang-undang sebelum penguatkuasaan besar-besaran dilakukan bukan satu perkara yang luar biasa.

Pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu untuk perlaksanaan 3rd brake light, window tinting dan kerusi keselamatan kanak-kanak kereta.

Setelah diminta oleh seorang anak muda untuk "bom" isu ini semalam, saya mula faham apa sebenarnya isu ekzos motorsikal.

Isu ekzos motor terlalu bising dan diubahsuai ini dah lama wujud.

Tidak dinafikan ianya melanggar undang-undang dan ianya juga kurang disenangi ramai. Dan saya rasa penunggang motor juga bersetuju mengikut undang-undang.

Namun masa pandemik ini bukan masa paling sesuai untuk melakukan operasi penguatkuasaan untuk mencari salah dan mengeluarkan saman secara besar-besaran terhadap isu ini.

Sebab virus Covid tak takut pada bunyi ekzos.

Jika pengguna motor nak perbetulkan ekzos dan aksesori motor mereka pun perlukan masa dan wang.

Tapi dalam krisis pandemik ini, ramai tidak ada duit berlebihan untuk memperbetulkannya.

Ekoran itu, ramai anak-anak muda yang tidak lagi berani membawa bike keluar untuk mencari rezeki sebab takut disaman RM2,000, penjara 6 bulan dan bike disita. 
Saya rasa usaha mencari salah ekzos berbunyi tidak membantu dalam usaha melawan Covid dan tidak menyumbang kepada pemulihan ekonomi.

Jika nak dilaksanakan operasi penguatkuasaan, saya berpendapat ianya lebih adil untuk beri tempoh pengampunan selama separuh tahun atau setahun setelah pandemik Covid sudah berakhir dan ekonomi telah memulih untuk memberi peluang pengguna motor mencari pendapatan untuk memperbaiki motor mereka.

Berilah tempoh yang munasabah bagi anak-anak muda untuk bernafas semula ketika pandemik Covid ini.

Jika parlimen boleh ditangguh dengan alasan tak masuk akal sehingga darurat berakhir dan PRU boleh diketepikan dengan alasan perlu tunggu sehingga pandemik berakhir, kenapa pula operasi penguatkuasaan ekzos serta aksesori motor tidak boleh ditangguh selagi ianya tidak membahayakan nyawa?

Pada masa ini, usaha penguatkuasaan boleh bermula dari sekarang juga dengan menyasarkan kedai-kedai aksesori dan motor untuk memastikan penjualan aksesori tidak dibenarkan dan pengubahsuaian ekzos keterlaluan tidak berlaku lagi.

Hasil dari pandangan yang diutarakan oleh Najib itu JPJ mengeluarkan satu kenyataan bahawa operasi ekzos bising akan diteruskan tapi mereka tidak akan lagi denda, hukum atau sita serta-merta tetapi..


Tulis Najib lagi dilaman Facebooknya pada Selasa 16 Mac 2021, 20:54

Sebentar tadi, JPJ keluarkan statement bahawa operasi ekzos bising akan diteruskan tapi mereka tidak akan lagi denda, hukum atau sita serta-merta tetapi akan:

a) mengeluarkan notis untuk pengguna motorsikal untuk ditemu bual atau disiasat lanjut; atau

b) mengeluarkan notis larangan menggunakan motorsikal tersebut dan diberi 7 hari untuk membaiki atau mengganti ekzos. Seterusnya, motor tersebut perlu dibawa ke mana-mana pejabat JPJ untuk pemeriksaan.


Sebentar tadi, JPJ keluarkan statement bahawa operasi ekzos bising akan diteruskan tapi mereka tidak akan lagi denda,...

Posted by Najib Razak on Tuesday, 16 March 2021

Hmmm.... Najib jugak jadi Hero... 


Demikianlah Artikel Ekzos Bising: Najib Jugak Jadi Hero..

Sekianlah artikel Ekzos Bising: Najib Jugak Jadi Hero.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ekzos Bising: Najib Jugak Jadi Hero.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/ekzos-bising-najib-jugak-jadi-hero.html

Subscribe to receive free email updates: