Sudahlah Rentas Negeri Tanpa Kebenaran.. Maki Polis Pulakdah..

Sudahlah Rentas Negeri Tanpa Kebenaran.. Maki Polis Pulakdah.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sudahlah Rentas Negeri Tanpa Kebenaran.. Maki Polis Pulakdah.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sudahlah Rentas Negeri Tanpa Kebenaran.. Maki Polis Pulakdah..
link : Sudahlah Rentas Negeri Tanpa Kebenaran.. Maki Polis Pulakdah..

Baca juga


Sudahlah Rentas Negeri Tanpa Kebenaran.. Maki Polis Pulakdah..


KULIM: Sepasang suami isteri ditahan polis atas kesalahan merentas negeri tanpa surat kebenaran selain menghalang penjawat awam ketika melalui pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) COVID-19, di Jalan Junjong, Kulim semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, dalam kejadian jam 10.45 pagi itu, anggotanya menahan kereta jenis Honda Jazz hitam yang dinaiki pasangan suami isteri itu bersama seorang kanak-kanak lelaki.


Beliau berkata, pasangan itu dari arah Pulau Pinang memaklumkan, mereka mempunyai urusan pertukaran sekolah anaknya ke Kedah namun gagal menunjukkan surat dokumen berkaitan persekolahan.

"Anggota polis berkenaan cuba menjelaskan secara berhemah dan tegas kepada pasangan berkenaan bahawa sebarang pergerakan rentas negeri tidak dapat dilakukan sekiranya tiada surat kebenaran.

"Anggota polis itu kemudian meminta kad pengenalan dari lelaki berkenaan untuk pemeriksaan rutin namun pasangan suami isteri itu keluar dan memaki hamun anggota terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Azhar berkata, berikutan itu pasangan berusia 37 dan 40 tahun itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

"Manakala isterinya ditahan mengikut Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(No.2) 2021," katanya.


Demikianlah Artikel Sudahlah Rentas Negeri Tanpa Kebenaran.. Maki Polis Pulakdah..

Sekianlah artikel Sudahlah Rentas Negeri Tanpa Kebenaran.. Maki Polis Pulakdah.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sudahlah Rentas Negeri Tanpa Kebenaran.. Maki Polis Pulakdah.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/sudahlah-rentas-negeri-tanpa-kebenaran.html

Subscribe to receive free email updates: