Selamat Maju Jaya Anwar - Zuraida - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selamat Maju Jaya Anwar - Zuraida, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Selamat Maju Jaya Anwar - Zuraidalink :
Selamat Maju Jaya Anwar - Zuraida
Baca juga
Selamat Maju Jaya Anwar - Zuraida
CYBERJAYA: Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin mengucapkan selamat maju jaya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa berunding dengan pemimpin UMNO untuk menjalinkan kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Zuraida juga bekas Naib Presiden PKR dilihat sekadar ketawa apabila ditanya mengenai kerjasama itu selain enggan mencampuri urusan bekas partinya itu.
"'Good luck to them' (selamat maju jaya untuk mereka) dan saya tidak mahu masuk campur urusan parti mereka.
"Itu urusan parti mereka dan sudah menjadi tabiat mereka suka bergaduh.
"Sekarang saya hanya mahu menumpukan usaha membantu rakyat dan bersama kerajaan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 sekali gus mengembalikan keupayaan ekonomi negara," katanya yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan Penggerak Komuniti Negara (PKN) di Ibu Pejabat SWCorp di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memberikan penjelasan kepada lebih tiga juta ahli parti itu susulan dakwaan DAP berhubung rundingan Presiden UMNO itu dengan Anwar.
Perkara itu disuarakan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Mohd Fuad Tukirin selepas Pengarah Biro Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong menerusi blognya mendakwa Presiden PKR itu berunding dengan Ahmad Zahid dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
Sebelum itu, Anwar mengesahkan tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan UMNO, walaupun perbincangan mengenainya masih belum dilakukan secara formal.
Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan UMNO boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpinnya yang bekerjasama dengan PKR atau DAP.
Demikianlah Artikel Selamat Maju Jaya Anwar - Zuraida
Sekianlah artikel Selamat Maju Jaya Anwar - Zuraida kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Selamat Maju Jaya Anwar - Zuraida dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/selamat-maju-jaya-anwar-zuraida.html