Takkan Anwar Ibrahim Dah Jadi Blogger JKOM Kot Najib?

Takkan Anwar Ibrahim Dah Jadi Blogger JKOM Kot Najib? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Takkan Anwar Ibrahim Dah Jadi Blogger JKOM Kot Najib?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Takkan Anwar Ibrahim Dah Jadi Blogger JKOM Kot Najib?
link : Takkan Anwar Ibrahim Dah Jadi Blogger JKOM Kot Najib?

Baca juga


Takkan Anwar Ibrahim Dah Jadi Blogger JKOM Kot Najib?


Anwar dalam wawancara yang disiar di Mingguan Malaysia pada Ahad lalu mengesahkan ada perbincangan tidak rasmi antara pemimpin PKR dan Umno.

“Ia hanya perbincangan awal. Tapi dalam perbincangan awal ini, apa yang saya dapat kesan?

“Ia satu yang positif. Sebab kita lebih faham (Umno) dan mereka lebih faham kita,” katanya.


Bagaimanapun.. bekas Presiden UMNO Najib Razak menafikan dakwaan Anwar itu dengan menyifatkannya sebagai propaganda Kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui JKOM yang telah berulang kali memainkan isu ini bagi menampakkan beliau terdesak..

DESAS-DESUS kerjasama Umno dengan PKR dan DAP adalah propaganda kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata bekas presiden Umno Najib Razak.

Propaganda itu bagaimanapun, katanya, “mengarut”.

Najib berkata propaganda itu cuba menggambarkan beliau dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang kini sedang dibicarakan di mahkamah, sedang terdesak dan sanggup berbuat apa saja untuk menyelamatkan diri.

“Secara peribadi, saya tidak pernah minta untuk kes-kes saya digugurkan begitu sahaja sebab jika digugurkan seperti kes (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng dulu, saya akan dinafikan peluang untuk membersihkan nama saya dengan sepenuhnya dan akan perlu menghadapi propaganda pihak lawan ini buat selama-lamanya.

“Tapi Jkom (Jabatan Komunikasi Komuniti) terpaksa berulang kali memainkan propaganda-propanda seperti ini melalui media sosial dan media-media dikawal kerajaan,” katanya dalam satu tulisan di Facebook.



Tulisan itu mengiringi sebuah video menggunakan imej Guan Eng yang diubahsuai kumat-kamit menyanyi lagu rasmi Umno Bersatu, Bersetia, Berkhidmat, dengan latar belakang lambang Umno dan DAP.

JKom ialah agensi kerajaan yang dibentuk untuk menggantikan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), yang sebelum ini menjadi alat propaganda kerajaan semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Najib mendakwa Jkom menyebarkan propaganda kononnya beliau dan Zahid terdesak menolak penyatuan ummah dengan Bersatu sebalik sedia bekerjasama dengan PKR dan DAP untuk melepaskan diri daripada kes di mahkamah.

Propaganda itu “mengarut”, kata Najib, kerana bukan hanya mereka berdua sahaja yang menolak kerjasama Umno dengan Bersatu tetapi ia adalah pendirian sama beberapa pemimpin kanan parti termasuk hampir semua bahagian Umno.

Keduanya, kata Najib, untuk lepas kes mahkamah adalah lebih mudah dengan menerima kerajaan PN, dan bukannya melawan kerajaan.

Beliau lalu menyindir beberapa orang pemimpin dalam kerajaan PN, termasuk Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali yang pernah dikaitkan dengan rakaman video seks melibatkan seorang lelaki.

Najib juga mendakwa sekurang-kurangnya dua bekas pemimpin Umno, iaitu Mustapa Mohamed dan Mas Ermieyati Samsudin, tidak didakwa menerima dana daripadanya selepas mereka keluar parti dan menyertai Bersatu.

Menurut Najib, Majlis Kerja Tertinggi Umno sudah membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam pilihan raya umum akan datang.

“Pendirian ini bakal diulangkan oleh perwakilan serta ketua-ketua bahagian Umno dalam Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung pada akhir bulan ini.

“Jika nak kerjasama dengan PKR atau DAP pun, kita perlu persetujuan bahagian-bahagian Umno dan akar umbi Umno,” katanya.

Umno dijadual mengadakan perhimpunan agung tahunan bagi tahun 2020 pada 27 dan 28 Mac ini ~ The Malaysian Insight

Hish!! yang buat sidang media pasal kerjasama PKR dengan UMNO ni Anwar Ibrahim.. tapi kenapa pula Najib salahkan JKOM?

Atau.. Anwar Ibrahim dah jadi Blogger JKOM?.. takkan kot...
 



Demikianlah Artikel Takkan Anwar Ibrahim Dah Jadi Blogger JKOM Kot Najib?

Sekianlah artikel Takkan Anwar Ibrahim Dah Jadi Blogger JKOM Kot Najib? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Takkan Anwar Ibrahim Dah Jadi Blogger JKOM Kot Najib? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/takkan-anwar-ibrahim-dah-jadi-blogger.html

Subscribe to receive free email updates: