Judul : Gara-gara Gagal Daftar Masuk Premis, Dua Beradik Dikompaun RM10,000
link : Gara-gara Gagal Daftar Masuk Premis, Dua Beradik Dikompaun RM10,000
Gara-gara Gagal Daftar Masuk Premis, Dua Beradik Dikompaun RM10,000
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan Mohamad Noor Yusof Ali, dua beradik itu adalah antara tujuh individu berusia 18 hingga 61 tahun yang dikesan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).
“Tindakan tegas itu dibuat bertujuan menyedarkan masyarakat supaya sentiasa berusaha mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan,” katanya, lapor Harian Metro.
Kesemua yang dikompaun, termasuk pemilik premis gerai makanan di Teluk Cempedak dikenakan tindakan mengikut Peraturan 18 (3) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
Kesalahan yang dilakukan adalah kerana tidak mendaftar nama pada buku daftar masuk premis dan membenarkan pelanggan masuk ke premis tanpa mendaftar masuk, menurut laporan itu lagi.
Setakat ini Mohamad Noor berkata, pihaknya mengeluarkan 25 notis kompaun kepada individu yang didapati melanggar SOP dalam tempoh 10 hari pelaksanaan kompaun baharu itu.
Sumber: FMT
Demikianlah Artikel Gara-gara Gagal Daftar Masuk Premis, Dua Beradik Dikompaun RM10,000
Sekianlah artikel Gara-gara Gagal Daftar Masuk Premis, Dua Beradik Dikompaun RM10,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gara-gara Gagal Daftar Masuk Premis, Dua Beradik Dikompaun RM10,000 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/gara-gara-gagal-daftar-masuk-premis-dua.html