Wanita PKR Dakwa Mangsa Serangan Seksual Tampil Beri Kenyataan - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita PKR Dakwa Mangsa Serangan Seksual Tampil Beri Kenyataan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Wanita PKR Dakwa Mangsa Serangan Seksual Tampil Beri Kenyataanlink :
Wanita PKR Dakwa Mangsa Serangan Seksual Tampil Beri Kenyataan
Baca juga
Wanita PKR Dakwa Mangsa Serangan Seksual Tampil Beri Kenyataan
Wanita yang menuduh seorang ahli politik melakukan serangan seksual terhadapnya menggesa satu siasatan yang telus dijalankan ketika wujud beberapa dakwaan mengatakan ada agenda politik dalam laporannya kepada polis.
Aktivis PKR, Yuslaini Azmi berkata dia berharap tuduhannya terhadap Adun Permatang Pasir Faiz Fadzil tidak disalahguna dan dijadikan sebagai bahan politik oleh mana-mana pihak.
“Saya menolak segala politik kotor yang akan mengeruhkan situasi hanya kerana kami berada dalam blok pembangkang,” kata Yuslaini dalam sebuah kenyataan.
Faiz yang merupakan anak kepada bekas Presiden PAS Fadzil Noor semalam menafikan tuduhan mencabul seorang aktivis wanita PKR, dan mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya.
Yuslaini telah menamakan ahli politik Amanah itu dalam sebuah laporan polis di Subang Jaya minggu lalu, dia mendakwa Faiz cuba memegang tangannya, “meraba”, dan “memeluk” tubuhnya di dalam sebuah kereta.
“Saya mengesahkan telah dipanggil untuk satu siasatan pihak polis pada 18 Mac lalu berkaitan satu laporan polis ke atas saya.
“Saya telah memberikan kenyataan saya kepada pihak polis. Saya menafikan tuduhan tersebut. Butiran pembelaan saya tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan masih berjalan,” kata Faiz dalam satu kenyataan di laman Facebooknya semalam.
Sebelum ini, MalaysiaNow melaporkan seorang Adun dari utara Semenanjung disiasat polis atas tuduhan mencabul seorang wanita ketika mereka keluar untuk maraikan hari kelahiran wanita itu di Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Khalid Othman dilaporkan berkata, wanita berusia 31 tahun itu membuat laporan polis pada 16 Mac lalu.
Wanita itu mendakwa suspek cuba mencabulnya dan menyatakan suspek mengingatkannya agar tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian berkenaan.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, undang-undang yang menetapkan kesalahan berhubung penggunaan kekerasan untuk memalukan kesopanan seseorang.
Demikianlah Artikel Wanita PKR Dakwa Mangsa Serangan Seksual Tampil Beri Kenyataan
Sekianlah artikel Wanita PKR Dakwa Mangsa Serangan Seksual Tampil Beri Kenyataan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wanita PKR Dakwa Mangsa Serangan Seksual Tampil Beri Kenyataan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/wanita-pkr-dakwa-mangsa-serangan.html