Kenyataan Media Dari Pejabat Perdana Menteri Berhubung Kenyataan Istana

Kenyataan Media Dari Pejabat Perdana Menteri Berhubung Kenyataan Istana - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenyataan Media Dari Pejabat Perdana Menteri Berhubung Kenyataan Istana, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenyataan Media Dari Pejabat Perdana Menteri Berhubung Kenyataan Istana
link : Kenyataan Media Dari Pejabat Perdana Menteri Berhubung Kenyataan Istana

Baca juga


Kenyataan Media Dari Pejabat Perdana Menteri Berhubung Kenyataan Istana

 

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih mendapat sokongan melebihi 110 ahli-ahli Parlimen walaupun terdapat gesaan ahli Parlimen pembangkang yang mahu Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan susulan teguran istana hari ini.

“Situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik Covid-19,” kata Ismail dalam sebuah kenyataan susulan keputusan penangguhan mesyuarat khas Dewan Rakyat hari ini.


“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 ahli-ahli Parlimen yang masih bersama-sama kerajaan pada hari ini.”

Kenyataan Ismail hari ini adalah susulan kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa ahli-ahli Parlimen parti itu untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin sejajar dengan keputusan parti dalam mesyuarat majlis tertingginya sebelum ini.

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim turut menggesa perkara yang sama , mengatakan Muhyiddin, Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan dan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun perlu meletakkan jawatan kerana “derhaka” terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Gesaan Anwar itu juga adalah susulan daripada sebuah kenyataan Istana Negara yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong berduka cita terhadap tindakan kerajaan yang mengumumkan pembatalan ordinan darurat tanpa perkenannya.

Anwar dalam sidang media hari ini mengecam Ismail berhubung kenyataan beliau, menyifatkannya sebagai tindakan yang tidak menghormati Agong.

“Dia menteri. Dia anak Pahang. Dia faham erti derhaka? Dia faham tak titah diraja, dia faham tak peranan Parlimen?,” kata presiden PKR itu.

Dalam pada itu, PAS turut menyatakan pendirian bahawa ia akan teguh bersama perdana menteri dalam mendukung semua keputusan Kabinet

“Pas menyeru semua pihak untuk kekal bersatu dan mengenepikan politiking dalam menguruskan negara ketika situasi pandemik Covid-19,”

“Kestabilan politik serta perpaduan rakyat sangat diperlukan dalam menghadapi ancaman pandemik,” kata timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim lapor MalaysiaNow

Berikut adalah Kenyataan Media dari Pejabat Perdana Menteri








Demikianlah Artikel Kenyataan Media Dari Pejabat Perdana Menteri Berhubung Kenyataan Istana

Sekianlah artikel Kenyataan Media Dari Pejabat Perdana Menteri Berhubung Kenyataan Istana kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenyataan Media Dari Pejabat Perdana Menteri Berhubung Kenyataan Istana dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/kenyataan-media-dari-pejabat-perdana.html

Subscribe to receive free email updates: