Ivermectine: Mat Sabu Dan Johari Abdul Patut Baca Ni..

Ivermectine: Mat Sabu Dan Johari Abdul Patut Baca Ni.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ivermectine: Mat Sabu Dan Johari Abdul Patut Baca Ni.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ivermectine: Mat Sabu Dan Johari Abdul Patut Baca Ni..
link : Ivermectine: Mat Sabu Dan Johari Abdul Patut Baca Ni..

Baca juga


Ivermectine: Mat Sabu Dan Johari Abdul Patut Baca Ni..

PETALING JAYA: Tiga wakil rakyat bergelar doktor daripada Pakatan Harapan (PH) menentang penggunaan Ivermectin ketika ini selepas mengambil kira tiada kepastian jelas untuk mengukur keberkesanan ubat itu dalam merawat Covid-19.

Dr Dzulkefly Ahmad (PH- Kuala Selangor), Dr Lee Boon Chye (PH- Gopeng) dan Dr Kelvin Yii (PH- Bandar Kuching) dalam kenyataan bersama berkata, penggunaan mana-mana jenis rawatan Covid-19 harus berdasarkan data dan sains diperoleh menerusi ujian klinikal menggunapakai prinsip “evidence-base medicine”.

“Ini termasuk kelulusan penggunaan Ivermectin untuk rawatan Covid-19 yang haruslah berdasarkan data-data yang yang dikumpul melalui ‘randomised clinical trials’ yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan juga di seluruh dunia.

“Namun, kajian sistematik lebih baru diterbitkan semalam, oleh Cochrane Collaboration yang menganalisis semua data yang ada sehingga 26 Mei menyimpulkan secara keseluruhannya, bukti kukuh sedia ada tidak menyokong penggunaan Ivermectin untuk rawatan dan pencegahan Covid-19,” kata mereka.

Kenyataan itu berkata, tinjauan sistematik diterbitkan Jurnal Perubatan British yang menganalisis semua data sehingga 1 Mac lalu, mendapati bukti faedah Ivermectin adalah “kepastian yang sangat rendah” kerana kekurangan metodologi dan ukuran kecil kajian.

“Oleh itu, kelulusan mana-mana rawatan Covid-19 termasuk Ivermectin haruslah melalui process ujian klinikal spesifik dan sebarang keputusan haruslah berdasarkan data, sains yang ada serta mengambil kira kesan sampingan terhadap pengguna,” katanya.

Katanya, hasil ujian klinikal Ivermectin yang sedang dilaksanakan KKM dijangka siap pada September ini.

“Kami menggesa rakyat menyakini vaksin Covid-19 yang menunjukkan kesan mengurangkan kadar jangkitan dan kematian, seperti yang berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya lapor FMT

Kenapa Mat Sabu dan Johari Abdul patut baca?.. bacalah di SINI


Demikianlah Artikel Ivermectine: Mat Sabu Dan Johari Abdul Patut Baca Ni..

Sekianlah artikel Ivermectine: Mat Sabu Dan Johari Abdul Patut Baca Ni.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ivermectine: Mat Sabu Dan Johari Abdul Patut Baca Ni.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/ivermectine-mat-sabu-dan-johari-abdul.html

Subscribe to receive free email updates: