Hadi Dakwa Kebangkitan Kerajaan Islam Di Malaysia Cuba Dihalang - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadi Dakwa Kebangkitan Kerajaan Islam Di Malaysia Cuba Dihalang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Hadi Dakwa Kebangkitan Kerajaan Islam Di Malaysia Cuba Dihalanglink :
Hadi Dakwa Kebangkitan Kerajaan Islam Di Malaysia Cuba Dihalang
Baca juga
Hadi Dakwa Kebangkitan Kerajaan Islam Di Malaysia Cuba Dihalang
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa wujud gerakan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan apa cara sekalipun.
Beliau berkata, gerakan itu wujud kerana penguasaan kerajaan PN yang menunjukkan perubahan positif dalam mentadbir negara.
"Gerakan itu juga kerana dominasi umat Islam dan kalangan (kumpulan) yang tidak ekstrem, yang dibimbangi dapat menyelesaikan banyak masalah yang akan membina semula kekuatan umat Islam.
"Oleh itu, seluruh rakyat yang sedar dan insaf terutamanya pemimpin negara, janganlah ditipu lagi dan hendaklah menghalang anasir perosak yang berpakat menyingkirkan Islam dalam negara ini," katanya dalam Minda Presiden PAS dikongsikan menerusi Facebook, hari ini.
Sehubungan itu, Abdul Hadi meminta pemimpin negara bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam berdepan rancangan menyingkirkan Islam di negara ini seperti dilakukan di beberapa negara luar.
"Apatah lagi adanya ejen-ejen yang bersedia melakukannya dan tidak seharusnya masih dibiarkan berkeliaran.
"Kalau dulu ditipu penjajah British, janganlah pula hari ini berulang ditipu sehingga berkali-kali," katanya.
Merujuk kejatuhan beberapa negara Islam yang didalangi ejen barat, Abdul Hadi berkata, barat terus menyokong kewujudan kerajaan Islam sekular seperti pembahagian kuasa diamalkan penjajah British di Tanah Melayu dulu dan penjajahan barat di negara Islam lain.
Beliau menjelaskan, ketika penjajahan British di negara ini raja hanya menjadi ketua agama dan umat Islam tidak berkuasa penuh, dan mereka hanya berkuasa dalam hal ehwal agama yang dihadkan tanpa kuasa untuk mentadbir negara sepenuhnya.
Katanya, di negara yang pernah dijajah barat yang masih mengekalkan konsep kerajaan Islam sekular, negara berkenaan sehingga kini ketinggalan, tidak bangkit untuk menjadi negara yang maju dan kuat.
"Sebenarnya itulah bentuk penjajahan baharu dengan pendekatan menyekat penentangan umat Islam terhadap penjajah asing yang telah ditukar dengan penjajah tempatan dibentuk oleh mereka.
"Akibatnya, walaupun penjajah asing itu sudah pulang ke negeri masing-masing, tetapi agenda penjajahannya masih tetap berlangsung hingga hari ini.
"Pengaruh dalam lapangan politik, ekonomi dan budaya yang ditinggalkan, diteruskan pergantungannya kepada bekas penjajah masing-masing," katanya.
Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah berkata, negara Kesatuan Eropah (EU) dan sekutu barat terus menjadi negara besar yang maju dan kuat, dengan sumber kekayaan dan tenaga manusia daripada negara umat Islam.
Katanya, dunia Islam yang luas wilayahnya, ramai tenaga manusia, banyak hasil bumi dan kedudukan yang strategik dalam peta dunia masih tidak mampu menjana semula kekuatan menjadi bangsa yang mulia dan perkasa.
"Kini, kita menyaksikan kebangkitan semula Islam dan merudumnya kekuatan negara besar penjajah.
"Namun, mereka tetap menghalang segala usaha mengembalikan semula kepada Islam yang sedang diperjuangkan di seluruh negara umat Islam termasuklah di Malaysia," katanya lapor Berita Harian
Berikut adalah sebahagian dari catatan TG Haji Hadi dalam Minda Presiden PAS,
Kini, kita menyaksikan kebangkitan semula Islam dan merudumnya kekuatan negara besar penjajah. Namun begitu, mereka tetap menghalang segala usaha untuk kembali semula kepada Islam yang sedang diperjuangkan di seluruh negara umat Islam termasuklah di Malaysia.
Kita telah berjaya mencetuskan kesedaran, apabila dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu ditubuhkan kerajaan sekular yang didominasi oleh kalangan bukan Islam dan seluruh kumpulannya.
Sehingga kumpulan Islam yang terpengaruh dengannya tidak lebih daripada sekadar menjadi khadam setelah menjadi pejuang.
Mereka ikut serta bersuara melindungi perancangan kerajaannya yang secara halus melumpuhkan Islam dan umatnya, supaya terus berada dalam kelekaan atau menjadi syaitan bisu.
Walaupun begitu, kita bersyukur kepada Allah SWT kerana telah berjaya menyatukan parti-parti umat Islam dan bumiputera (UMNO, PAS dan BERSATU) di samping parti-parti bukan Islam yang menolak pendekatan ekstrem.
Sehingga akhirnya berjaya menubuhkan kerajaan campuran Perikatan Nasional (PN) kerana menyedari pendekatan ekstrem tidak akan mampu menyelamatkan negara dan rakyat.
Bahkan ternyata kelemahan Pakatan Harapan (PH) ketika memerintah dalam masa yang singkat bersama kemenangan yang rapuh dan penuh dengan penipuan.
Justeru, penguasaan kerajaan PN yang menunjukkan perubahan positif akan dicabar, kerana dominasi umat Islam dan kalangan yang tidak ekstrem itu dibimbangi dapat menyelesaikan banyak masalah yang akan membina semula kekuatan umat.
Maka, sudah pasti wujudnya gerakan untuk menjatuhkan kerajaan PN dengan segala cara. Oleh itu, seluruh rakyat yang sedar dan insaf terutamanya para pemimpin negara, janganlah ditipu lagi dan hendaklah menghalang anasir-anasir perosak yang berpakat untuk menyingkirkan Islam dalam negara.
Pada masa yang sama, hendaklah bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan supaya rancangan yang sedang berlangsung di beberapa negara yang disebutkan di atas, gagal dibawa masuk ke negara kita. Apatah lagi adanya ejen-ejen yang bersedia melakukannya dan tidak seharusnya masih dibiarkan berkeliaran.
Kalau dahulu ditipu oleh penjajah British, janganlah pula hari ini berulang ditipu sehingga berkali-kali.
Sepenuhnya silalah baca di
SINI
Ayat ni ditujukan kepada Parti mana agaknya?.. "Sehingga kumpulan Islam yang terpengaruh dengannya tidak lebih daripada sekadar menjadi khadam setelah menjadi pejuang. Mereka ikut serta bersuara melindungi perancangan kerajaannya yang secara halus melumpuhkan Islam dan umatnya, supaya terus berada dalam kelekaan atau menjadi syaitan bisu.
Nampak macam ditujukan kat AMANAH saja..
Demikianlah Artikel Hadi Dakwa Kebangkitan Kerajaan Islam Di Malaysia Cuba Dihalang
Sekianlah artikel Hadi Dakwa Kebangkitan Kerajaan Islam Di Malaysia Cuba Dihalang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hadi Dakwa Kebangkitan Kerajaan Islam Di Malaysia Cuba Dihalang dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/hadi-dakwa-kebangkitan-kerajaan-islam.html