Kerajaan Sarawak bincang isu cukai pelancongan minggu depan

Kerajaan Sarawak bincang isu cukai pelancongan minggu depan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Sarawak bincang isu cukai pelancongan minggu depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Sarawak bincang isu cukai pelancongan minggu depan
link : Kerajaan Sarawak bincang isu cukai pelancongan minggu depan

Baca juga


Kerajaan Sarawak bincang isu cukai pelancongan minggu depan

 
Menteri pelancongan Sarawak itu yakin isu itu dapat diselesaikan dengan baik dan tidak akan menimbulkan kesulitan kepada kerajaan pusat serta negeri.


karim-sarawak


KUCHING: Kerajaan negeri akan membincangkan isu cukai pelancongan dalam mesyuarat Kabinetnya pada 22 Jun ini, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Kita tunggu keputusan Kabinet (Sarawak) kerana saya tidak boleh membuat keputusan bersendirian.

“Apa juga keputusan, kita akan pastikan ia holistik supaya tidak menimbulkan kesulitan kepada kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri,’ katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Karim juga yakin isu itu dapat diselesaikan dengan baik.

Ditanya kegagalan ahli Parlimen Sarawak membantah akta itu semasa ia dibentangkan dalam bentuk rang undang-undang di Parlimen pada sesi lalu, Karim berkata, beliau tidak mahu menyalahkan ahli Parlimen terbabit.

“Jika kita lihat bagaimana undang-undang ini dibawa ke Parlimen masa itu…kenapa ia dibuat secara tergesa-gesa?

“Kalau tidak silap saya, ada 8 rang undang-undang dikumpul bersama dan rang undang-undang cukai pelancongan ini adalah yang terakhir dibahaskan. Kalau tidak silap saya, ia dibahas pada jam 4 pagi.

“Bagi saya, itu adalah waktu untuk orang berehat dan tidur dan kenapa begitu terdesak untuk dibahaskan (pada masa itu),” katanya.

Karim sebelum ini dilaporkan meminta kerajaan persekutuan menangguhkan penguatkuasaan cukai tersebut di Sabah dan Sarawak kerana khuatir cukai baharu itu akan membawa impak negatif kepada industri pelancongan.

Kenyataan Karim itu dibidas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz sekali gus mencetuskan polemik.

Cukai itu yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Julai ini dengan kadar RM2.50 hingga RM20 semalam untuk penginapan di hotel.



Demikianlah Artikel Kerajaan Sarawak bincang isu cukai pelancongan minggu depan

Sekianlah artikel Kerajaan Sarawak bincang isu cukai pelancongan minggu depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Sarawak bincang isu cukai pelancongan minggu depan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/06/kerajaan-sarawak-bincang-isu-cukai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :