UMNO Seru Serap Doktor Kontrak? Buat-buat Lupa Ke Mat Hassan?

UMNO Seru Serap Doktor Kontrak? Buat-buat Lupa Ke Mat Hassan? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Seru Serap Doktor Kontrak? Buat-buat Lupa Ke Mat Hassan?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO Seru Serap Doktor Kontrak? Buat-buat Lupa Ke Mat Hassan?
link : UMNO Seru Serap Doktor Kontrak? Buat-buat Lupa Ke Mat Hassan?

Baca juga


UMNO Seru Serap Doktor Kontrak? Buat-buat Lupa Ke Mat Hassan?

Mengulas mengenai hartal Doktor Kontrak, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan menganggapnya sebagai hak doktor-doktor kontrak terbabit untuk bersuara dan menunjuk rasa.

Tapi bila dia berkata “Tetapi semasa negara menghadapi krisis kesihatan ini, fikirkan sebaik-baiknya. Kami menghormatinya dan kami juga mengiktiraf sumbangan anda pada tanah air. InsyaAllah perjuangan anda adalah juga perjuangan kami demi Malaysia yang lebih baik,”


... "InsyaAllah perjuangan anda adalah juga perjuangan kami demi Malaysia yang lebih baik,”.. mungkin beliau terlepas pandang akan puncanya atau asalnya permulaan 'Doktor Kontrak' ini.

Sistem 'Doktor Kontrak' ini mula diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu Dato’ Sri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO dalam pembentangan Belanjawan 2017 semasa era pemerintahan beliau.

"Bagi mengatasi masalah para doktor pakar yang mahu meninggalkan perkhidmatan awam atas isu kelewatan naik pangkat,... Kerajaan memandang serius,...seraya kita umumkan satu lapisan gred baru, yakni gred 56 antara gred 54 dan JUSA C diwujudkan, bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar; dan

"Kerana kekangan jawatan tetap, Kerajaan mengambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian dan farmasi selewat-lewatnya Disember 2016."

"Untuk makluman,...hampir 2,600 doktor yang sebelum ini tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital, kini boleh menjalani housemanship secara kontrak. Harapnya, berita ini akan membawa khabar gembira kepada mereka dan keluarga." ~ BH

Bagaimanapun secara dasarnya ini adalah kesinambungan dari Dasar Penswastaan Negara oleh Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Tun Mahathir bin Mohamad pada 1990-an.

sistem pendidikan tinggi juga dibuka untuk penswastaan, lantas menggalakkan penubuhan Institut-institut Pengajian Tinggi Swasta di seluruh negara serta memudahkan pemberian kelulusan kepada kursus perubatan.

Namun begitu, dasar ini menyebabkan penghasilan jumlah graduan bidang perubatan yang terlalu ramai berbanding dengan kapasiti sistem kesihatan negara.

Oleh itu, pada 2016, dasar doktor kontrak diusulkan oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak dalam belanjawan negara 2017, dan bermula pada Disember apabila Menteri Kesihatan Dr. S. Subramaniam mengumumkan 2,600 lantikan pegawai perubatan atau doktor, pegawai pergigian dan pegawai farmasi dibuat secara kontrak.

Jadi bila Mohamad Hassan berkata "InsyaAllah perjuangan anda adalah juga perjuangan kami demi Malaysia yang lebih baik,” kelihatannya beliau seolah-olah terlupa ataupun buat-buat lupa puncanya semua ini adalah dari UMNO sendiri..

Laporan berkaitan..

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, hari ini secara terbuka menyeru kerajaan menyerap pegawai perubatan kontrak ke jawatan tetap ketika negara bersiap sedia menghadapi hartal doktor kontrak di sebalik situasi Covid-19 di banyak hospital.

Beliau menyambut baik tawaran penyelesaian yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai “langkah ke hadapan”, namun berkata, ia tidak menyelesaikan tuntutan mereka.

“Tuntutan mereka jelas. Serapan ke jawatan tetap tidak berpencen, mencukupi dengan caruman untuk laluan kerjaya yang lebih menjamin,” katanya di Facebook.

“Penyerapan mereka ke jawatan tetap adalah penyelesaian yang Malaysia perlukan.”

Mohamad berkata, pandemik dalam 18 bulan ini menonjolkan pelbagai kelemahan ketara dalam sistem kesihatan sekali gus memerlukan peningkatan drastik.

Tegasnya, pelaburan dalam sektor kesihatan sangat perlu dipertingkatkan “dalam lingkungan 7% ke 10% KDNK”.

“Paradigma akses universal mesti beralih dan diselarikan dengan peningkatan kualiti perubatan.

“Nisbah yang lebih baik untuk doktor kepada penduduk mesti diutamakan. Nisbah pakar untuk 10,000 penduduk wajar dipertingkatkan dari 3.4 pada 2018 kepada 15 selari dengan tanda aras Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi.

“Penyelidikan, kesihatan pencegahan, digitalisasi serta sistem sokongan lain, semuanya memerlukan peningkatan berganda.”

Berhubung doktor kontrak pula, Mohamad menyeru kerajaan menyerap mereka ke perjawatan tetap kerana mengambil kira “sumbangan, titik peluh dan pengorbanan doktor kontrak kita” terutamanya sewaktu pandemik.

Beliau menyeru kerajaan melakukan penyerapan itu sebagai suatu pengiktirafan khas dalam sejarah perubatan negara.

“Untuk kohort selepas mereka, keluarkan garis panduan baharu yang lebih jelas untuk memasuki perkhidmatan kerajaan bagi memastikan tiada berlakunya lambakan pegawai perubatan,” katanya.

Mohamad turut mengingatkan tidak semua doktor dalam sistem kerajaan akan selamanya berkhidmat dengannya.

“Akan ada mereka yang memilih haluan lain. Namun pengalaman mereka dalam perkhidmatan kerajaanlah yang akan memberikan wibawa yang mereka perlukan untuk masa depan mereka, bukan ganjarannya,” tambahnya.

Mengenai hartal, Mohamad menganggapnya sebagai hak doktor kontrak terbabit untuk bersuara dan menunjuk rasa.

“Tetapi semasa negara menghadapi krisis kesihatan ini, fikirkan sebaik-baiknya. Kami menghormatinya dan kami juga mengiktiraf sumbangan anda pada tanah air. InsyaAllah perjuangan anda adalah juga perjuangan kami demi Malaysia yang lebih baik,” katanya lapor FMT



Demikianlah Artikel UMNO Seru Serap Doktor Kontrak? Buat-buat Lupa Ke Mat Hassan?

Sekianlah artikel UMNO Seru Serap Doktor Kontrak? Buat-buat Lupa Ke Mat Hassan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO Seru Serap Doktor Kontrak? Buat-buat Lupa Ke Mat Hassan? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/umno-seru-serap-doktor-kontrak-buat.html

Subscribe to receive free email updates: