Isu 'Doktor Kontrak'.. Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu..

Isu 'Doktor Kontrak'.. Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu 'Doktor Kontrak'.. Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu 'Doktor Kontrak'.. Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu..
link : Isu 'Doktor Kontrak'.. Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu..

Baca juga


Isu 'Doktor Kontrak'.. Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu..


Hari ini 26 Julai 2021, sejarah telah tercipta dimana buat pertama kali nya dalam sejarah negara para petugas barisan hadapan secara terbuka melakukan protes kepada Kerajaan dan menuntut pembelaan terhadap nasib mereka. 

Ini bukan agenda ahli politik, kerana isu ini telah bermula seawal tahun 2016 ketika negara di bawah pemerintahan BN, kemudiannya beralih kepada PH seterusnya kepada PN pula.. tetapi hari ini juga kita melihat ada Ahli Politik dari BN yang mendendangkan kononnya "‘Perjuangan anda juga perjuangan kami" padahal merekalah puncanya.


Ini bukan agenda Ahli Politik, biarpun hari ini ada Ahli Politik dari PH bersuara "adalah sangat tidak wajar apabila pegawai perubatan kontrak tidak mendapat faedah yang sama seperti pegawai tetap yang lain" sedangkan isu juga telah wujud ketika PH berkuasa dan memerintah negara.

Mungkin mereka terlalu sibuk ketika itu hingga tidak nampak akan isu Doktor Kontrak ini.. 

Tapi... orang kata "Spending today complaining about yesterday, won't make Tomorrow any better..
 
Ini juga bukan daripada para mahasiswa “BBNU” (budak baru nak up) yang cuba tunjuk hero. Ini adalah suara barisan hadapan yang kini bertugas di hospital dan klinik kerajaan melawan wabak Covid-19.

Menurut Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, setakat 22 Mei lalu, ada 32,516 pegawai lantikan secara kontrak untuk tiga skim – pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi. Daripada jumlah tersebut, seramai 23,077 adalah pegawai perubatan Gred UD41.

Dr Adham juga berkata, daripada jumlah tersebut, hanya 789 daripada 2,544 pengambilan pertama pada 2016, pengambilan pertama pada 2017 dan sebahagian pengambilan kedua pada 2017 – yang semuanya layak untuk diberikan lantikan tetap – yang mendapat tawaran itu.

Ini bermakna hanya 30 peratus daripada mereka yang layak menerima jawatan tetap, yang lain-lain hendak ditempatkan di mana?

Menurut Dr. Hamdi Ibrahim, Penyelidik dalam bidang Perubatan, masalah muncul apabila setelah empat tahun mereka melalui perkhidmatan wajib - dua tahun sebagai houseman (pegawai perubatan siswazah) dan 2 tahun pegawai) - dan ditambah setahun lagi sebagai “floating medical officer”, masih tidak ada kata putus jelas dari pihak bertanggungjawab: Apakah kriteria yang melayakkan mereka untuk diterima sebagai kakitangan tetap?

Apa yang paling malang adalah kontrak mereka boleh ditamatkan pada bila-bila masa.

Selain memandang isu ini sebagai hak pekerja menuntut penjelasan dari majikan, lebih baik jika ia dipandang secara sistemik dan berhubung dasar kerajaan.

Ini demi memastikan kita tidak hanya marahkan nanah busuk keluar dari lutut yang bengkak, tetapi cuba menyelesaikan punca nanah itu sendiri. Apatah lagi, isu doktor kontrak ini sudah berterusan dalam tiga pemerintahan berbeza iaitu BN, PH dan PN.

Jadi ia bukan isu politik partisan, tapi isu dasar awam yang hanya dapat diselesaikan menerusi ekonomi kesihatan dan pengurusan.

Sebenarnya terdapat 33 Institusi Pendidikan Perubatan yang menghasilkan 3,000 doktor setiap tahun. Kita mempunyai 3,000 lagi doktor yang kembali ke tanah air setiap tahun dari luar negara selepas menamatkan pengajian mereka.

6,000 Doktor dihasilkan oleh Institusi Pendidikan Perubatan yang dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan itu hendak diletak di mana bilamana tidak banyak pekerjaan untuk menampung semua mereka setiap tahun disediakan?

Pada masa ini menurut Dr Vikkineshwaran Siva Subramaniam, Pengerusi Lembaga Amanah Antarabangsa MMI kira-kira 9,000 doktor kontrak sedang menjalani latihan di mana 4,000 kini diberi jawatan doktor perubatan kontrak.

"Mereka di bawah kontrak, walaupun mereka melakukan tugasan sama dengan doktor tetap atau pegawai perubatan, gaji mereka kurang dan tidak berpeluang menjadi pakar," katanya.

Ini pengenalan tentang Doktor Kontrak.

“Doktor kontrak” atau sistem doktor lantikan kontrak adalah skim penjawatan tertakluk tempoh di sektor awam. Pegawai yang dilantik dengan skim ini adalah seorang kontraktor yang terikat dengan perjanjian kontrak. Sistem ini dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), dikelolakan seterusnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia menggantikan sistem lantikan tetap yang diberikan kepada semua doktor sebelumnya.

Lantikan kontrak diberikan secara berperingkat. Kontrak pertama adalah selama tiga tahun bagi menghabiskan latihan “housemanship” oleh pegawai perubatan siswazah. Tambahan dua tahun lagi diberikan kepada pegawai perubatan berpendaftaran penuh jika tidak diserap tetap. Tiada pelanjutan kontrak untuk kali ketiga.

Bagi pegawai perubatan yang menjalani latihan “housemanship” di luar negara pula, mereka ditawarkan lantikan kontrak sekali sahaja iaitu selama dua tahun setelah pulang ke Malaysia. Mereka yang selepas itu tidak diserap tetap, atas apa jua sebab, dikira tamat kontrak dan akan meninggalkan sektor perkhidmatan awam. Inilah yang berlaku kepada dua orang doktor kelahiran Sarawak pada awal tahun 2020.

Sejak bilakah sistem lantikan kontrak ini bermula? Mengapa ia dimulakan?

Sistem ini bermula pada bulan Disember tahun 2016 dengan kemasukan doktor kontrak pertama pada tahun tersebut. Ia diperkenalkan oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2017 semasa era pemerintahan beliau.

Menurut beliau, ia bertujuan memendekkan tempoh menunggu yang panjang dalam kalangan graduan perubatan sebelum memulakan tugas sebagai doktor siswazah. Masalah ini timbul lantaran ketidakseimbangan nisbah graduan perubatan dengan jumlah penjawatan tetap di hospital-hospital pelatih. “Lambakan” graduan perubatan yang sering dibangkitkan adalah merujuk kepada perbandingan dengan jumlah penjawatan tetap, bukan permintaan-keperluan perkhidmatan.

Memandangkan jumlah penjawatan di sektor kesihatan tidak dapat ditambah oleh pihak kerajaan dengan kadar segera, maka langkah awal menangani keadaan ini ialah dengan membenarkan graduan perubatan memasuki sektor perkhidmatan awam tanpa penjawatan tetap tersebut. Maka gred UD41 (kontrak) diwujudkan.

Menurut Dr. Kelvin Ng mantan pengerusi SCHOMOS, MMA dalam beberapa siri penerangannya pada tahun 2020, pihak kerajaan pada peringkat awal perlaksanaan sistem ini telah menjamin sekitar 60-70% pegawai akan diserap tetap. Sehingga hari ini, kadar penyerapan kepada status tetap adalah kurang daripada 15% di mana selebihnya adalah pegawai perubatan berstatus kontrak. Dijangka seramai 4,000 orang doktor akan meninggalkan sektor itu seawal Disember 2021 hingga Mei 2022.


Mengapa sistem lantikan kontrak sering dikatakan “bermasalah?”

Terdapat beberapa isu besar yang menimpa sektor kesihatan awam lantaran sistem doktor lantikan kontrak ini:

i) Ketidaktelusan kriteria penyerapan kepada penjawatan berstatus tetap;

Pihak Kementerian Kesihatan beberapa kali menerima soalan kriteria penyerapan ini di Dewan Rakyat, pihak Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa kriteria yang digunakan adalah seperti berikut:-
- Tamat tempoh latihan “housemanship” secara tepat masa 
- Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, LNPT sekurang-kurangnya 85% 
- Markah kumulatif posting, iaitu markah akhir “Certificate of Completion of Housemanship Training, CCHT” sekurang-kurangnya 85% 
- Kelulusan kertas peperiksaan “membership examination.” 
- Tiada rekod masalah disiplin

Kriteria-kriteria yang dinyatakan akan menentukan “ranking” setiap pegawai sebelum disaring secara tertutup oleh pihak kementerian. Keputusan samada diserap tetap atau tidak akan dimaklumkan terus kepada pegawai.

Dapatan rambang menunjukkan ramai doktor yang dikekalkan status kontrak memperoleh markah LNPT dan markah kumulatif posting yang cemerlang. Tidak kurang juga mereka yang telah lulus membership examination seperti MRCP, PACES, MRCS, dan peperiksaan-peperiksaan bertaraf antarabangsa yang lain tetapi masih dikekalkan status kontrak.

Situasi ini konsisten dengan kenyataan Menteri Kesihatan Dr. Adham Baba dan timbalannya bahawa pemberian penjawatan tetap adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang masih amat terhad. Moratorium perkhidmatan awam di mana setiap penjawatan diberikan secara tukar-ganti adalah terpakai untuk tempoh lima tahun mulai 2020.

ii) Ketiadaan laluan latihan kepakaran yang munasabah;

Terdapat dua laluan untuk menjadi doktor pakar dalam negara hari ini; pertama melalui “masters programme” yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, dan kedua melalui “parallel pathway.” 

Dua perkara yang menjadi pertikaian ialah;-
(1) Peluang memasuki latihan kepakaran “masters programme” dan 
(2) Pembiayaan “parallel pathway”

Doktor kontrak adalah tidak berkelayakan untuk dipertimbangkan bagi memasuki latihan kepakaran “masters programme”; ia hanya dibuka kepada para doktor lantikan tetap. Meski lebih 85% doktor muda sejak 2016 adalah berstatus kontrak, Menteri Kesihatan semasa Dr. Adham Baba tidak mendapati hal ini sebagai masalah. Menurut beliau pada bulan Julai 2020, jumlah doktor berstatus tetap adalah mencukupi untuk dilatih menjadi pakar pada masa hadapan.

Menteri Kesihatan mencadangkan agar para pegawai lantikan kontrak yang ingin menyambung kepada latihan kepakaran agar mengambil “parallel pathway” dan menanggung sepenuhnya kos terbabit. Bagaimanapun para doktor kontrak berdepan isu tempoh kontrak yang pendek yang tidak memungkin mereka menyempurnakan sebarang latihan kepakaran lantaran ia mengambil masa sekurang-kurangnya 4 tahun.

“Parallel pathway” ini juga terpalit isu lain pembiayaan. Tanpa bantuan pembiayaan kerajaan, kos latihan kepakaran secara “parallel pathway” adalah amat tinggi. Dengan gaji lebih rendah daripada para doktor siswazah sejak 4 tahun yang lalu, beban pembiayaan ini hampir pasti tidak dapat ditanggung.

Doktor kontrak juga dinafikan cuti belajar bergaji penuh bagi membolehkan mereka menyiapkan diri menghadapi peperiksaan. Perlu dimaklumi bahawa doktor yang menjalani latihan kepakaran perlu terus berfungsi seperti doktor lain di wad hospital dan klinik.

iii) Isu kebajikan doktor kontrak

- Para doktor kontrak yang bertugas di bidang-bidang berisiko seperti Radiologi dan Psikiatri dinafikan pemberian “cuti hazard” yang diberikan kepada doktor berstatus tetap. “Cuti hazard” adalah tempoh berehat berkala bagi para doktor yang terdedah radiasi tinggi di tempat kerja selain bebanan mental yang berterusan di lapangan Psikiatri. Kedua-dua doktor lantikan kontrak dan tetap adalah terdedah kepada risiko yang sama.

- Doktor lantikan kontrak juga tidak menerima “Cuti Tibi dan Kanser.” Cuti ini diberikanbagi pegawai perubatan yang dijangkiti penyakit tibi dan disahkan kanser ketika masih dalam perkhidmatan. Bagi doktor kontrak, sebarang cuti yang diambil sekiranya menghidap penyakit tersebut akan ditolak daripada jumlah cuti sakit tahunan. Sekiranya melebihi jumlah yang ditetapkan, kontrak mereka akan ditamatkan.

- Terdapat juga kes-kes lain yang didapati berlaku, sebagai contoh pemberian elaun tertentu (seperti elaun khas COVID19) yang sering ditangguhkan disebabkan status lantikan kontrak. Sebahagian daripada mereka juga dinafikan peluang mengikuti kursus latihan perubatan di hospital atas asas yang sama. Mereka juga dinafikan “elaun gangguan” seperti bagi menampung kos pengangkutan, penempatan sementara apabila diarahkan berkhidmat di luar negeri tempat tinggal. Hal yang sama terpakai sekalipun dihantar ke Sabah, Sarawak dari Semenanjung Malaysia (dan sebaliknya).

Kesan awal daripada ketiga-tiga isu ini telah menghasilkan beberapa implikasi yang membimbangkan;

i) Ketirisan tenaga perubatan terlatih; 
- Pertama kali dalam sejarah para doktor muda mula meninggalkan Kementerian Kesihatan selain meninggalkan terus sektor awam. Sekiranya hal ini berterusan, kita akan mendapati fasiliti kesihatan awam akan dikendalikan oleh para pegawai perubatan yang sentiasa ”baru” dan kurang berpengalaman lantaran doktor yang lebih senior terpaksa meninggalkan perkhidmatan.

ii) Kehilangan generasi pakar masa hadapan; 
- Dengan keluarnya para doktor muda dari sektor awam, Malaysia dijangka akan menghadapi krisis kekurangan pakar yang lebih parah di fasiliti kerajaan. Hal ini kerana jumlah calon ke program latihan kepakaran akan mengalami penurunan dengan keluarnya para doktor yang berpotensi. Situasi pastinya lebih teruk jika hal ini berlaku seiring ketirisan tenaga pakar sedia ada ke sektor swasta.

iii) Dualiti interaksi antara pegawai perubatan; 
- Dengan layanan berbeza yang diberikan antara pegawai lantikan tetap dan lantikan kontrak, adalah tidak mengejutkan jika ketidakpuasan hati berlaku antara para doktor di sektor awam ini. Hal ini telah kelihatan ketika gelombang besar kedua COVID19 September 2020 yanb lalu di mana para pegawai lantikan kontrak didapati menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap layanan yang diberikan.

Tanpa langkah-langkah segera yang meyakinkan, kadar “pendarahan” doktor muda keluar dari sektor awam dijangka akan berterusan dan semakin parah.


Adakah ini bermaksud pegawai lantikan kontrak tidak berpeluang langsung menjadi pakar?

Setakat hari ini, ya — pegawai lantikan kontrak tidak berpeluang menjadi pakar melalui latihan kepakaran dalam negara melalui Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanapun para doktor lantikan kontrak masih mempunyai tiga pilihan yang lain iaitu:

Silalah sambung bacaan anda di SINI

Baca juga "6,000 Doktor dihasilkan setiap tahun tapi tiada peluang kerja" di SINI



Demikianlah Artikel Isu 'Doktor Kontrak'.. Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu..

Sekianlah artikel Isu 'Doktor Kontrak'.. Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu 'Doktor Kontrak'.. Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/isu-doktor-kontrak-ini-apa-yang-anda.html

Subscribe to receive free email updates: