Kata UMNO Dah Tak Sokong Muhyiddin.. Tapi Awat Dok Kat Blok Kerajaan Lagi Ni?

Kata UMNO Dah Tak Sokong Muhyiddin.. Tapi Awat Dok Kat Blok Kerajaan Lagi Ni? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kata UMNO Dah Tak Sokong Muhyiddin.. Tapi Awat Dok Kat Blok Kerajaan Lagi Ni?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kata UMNO Dah Tak Sokong Muhyiddin.. Tapi Awat Dok Kat Blok Kerajaan Lagi Ni?
link : Kata UMNO Dah Tak Sokong Muhyiddin.. Tapi Awat Dok Kat Blok Kerajaan Lagi Ni?

Baca juga


Kata UMNO Dah Tak Sokong Muhyiddin.. Tapi Awat Dok Kat Blok Kerajaan Lagi Ni?

Walaupun Umno telah menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, para menteri dan ahli parlimennya tetap duduk di blok kerajaan di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun memberitahu petugas media bahawa dia tidak dimaklumkan mengenai sebarang perubahan tempat duduk di parlimen.


Carta tempat duduk di laman web parlimen yang dikemas kini semalam menunjukkan timbalan perdana menteri yang baru, Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Hishammuddin Hussein duduk bersama Muhyiddin dan menteri kabinet lain seperti Azmin Ali dan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ismail kini dilihat mengambil alih tempat yang sebelum ini diduduki Azmin Ali.

Menerusi carta tempat duduk itu, ahli parlimen Umno berada di sebelah ahli parlimen PAS, Bersatu dan parti-parti lain dari MCA, MIC serta dari Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Umno Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) juga dilihat duduk di blok PN walaupun sebelum ini menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Semalam Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu telah memutuskan bahawa semua menteri, timbalan menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dari Umno perlu melepaskan jawatan mereka sekiranya Ordinan Darurat terus berkuatkuasa selepas 1 Ogos.

Dia berkata demikian ketika menyampaikan desakan Umno bahawa pengisytiharan dan Ordinan Darurat mesti dimansuhkan semasa sidang khas parlimen hari ini.

Memetik Perlembagaan Persekutuan, Zahid berkata menurut Perkara 150 (7), peraturan darurat akan terus berkuatkuasa selama enam bulan lagi setelah berakhirnya proklamasi darurat kecuali dimansuhkan oleh parlimen.

Mesyuarat khas Dewan Rakyat selama lima hari yang bermula hari ini akan menyaksikan menteri kabinet memberikan taklimat kepada ahli-ahli parlimen mengenai tindakan menangani Covid-19.

Persidangan khas parlimen ini diadakan setelah Yang di-Pertuan Agong bertitah agar parlimen bersidang segera, namun dijangka tidak akan berlaku perbahasan lapor MalaysiaKini



Demikianlah Artikel Kata UMNO Dah Tak Sokong Muhyiddin.. Tapi Awat Dok Kat Blok Kerajaan Lagi Ni?

Sekianlah artikel Kata UMNO Dah Tak Sokong Muhyiddin.. Tapi Awat Dok Kat Blok Kerajaan Lagi Ni? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kata UMNO Dah Tak Sokong Muhyiddin.. Tapi Awat Dok Kat Blok Kerajaan Lagi Ni? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/kata-umno-dah-tak-sokong-muhyiddin-tapi.html

Subscribe to receive free email updates: