Semalam Muhyiddin Dah Tumbang, Hari Ini PM Baru Akan Dilantik?

Semalam Muhyiddin Dah Tumbang, Hari Ini PM Baru Akan Dilantik? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Semalam Muhyiddin Dah Tumbang, Hari Ini PM Baru Akan Dilantik?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Semalam Muhyiddin Dah Tumbang, Hari Ini PM Baru Akan Dilantik?
link : Semalam Muhyiddin Dah Tumbang, Hari Ini PM Baru Akan Dilantik?

Baca juga


Semalam Muhyiddin Dah Tumbang, Hari Ini PM Baru Akan Dilantik?

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang sokongan ahli Dewan Rakyat sama ada di dalam atau luar Parlimen berikutan dakwaannya berhubung perkara itu.

Hal ini kerana Ahli Parlimen Port Dickson itu mengatakan kerajaan pimpinan Muhyiddin telah tumbang apabila mendakwa terdapat ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menarik sokongan kepada kerajaan hari ini di samping mengatakan blok pembangkang kini mempunyai sokongan 107 ahli Parlimen.


Jika tidak dibuktikan, Kerajaan PN tidak tumbang meskipun Anwar secara terbuka mendakwa pimpinan Perdana Menteri telah hilang kepercayaan ahli Dewan Rakyat.

Pakar Perlembagaan, Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, meskipun Anwar mendakwa kerajaan kini telah tumbang, ia tidak semudah itu untuk menukar kerajaan seperti mana dijelaskan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menjelaskan, menerusi undang-undang itu, perkara pertama perlu dibuktikan adalah sama ada Perdana Menteri telah hilang kepercayaan ahli Dewan Rakyat dan beliau kemudian perlu meletakkan meletak jawatan jika perkara itu berlaku.

“Oleh demikian, adalah penting untuk dibuktikan sama ada Perdana Menteri telah hilang sokongan majoriti atau tidak. Seseorang ahli Parlimen atau pemimpin tidak boleh sewenang-wenangnya mendakwa beliau mempunyai cukup sokongan untuk membentuk kerajaan.

“Jika Agong berpuas hati Perdana Menteri hilang sokongan ahli Dewan, Perdana Menteri mempunyai dua pilihan iaitu meletakkan jawatan atau membubarkan Parlimen jika diperkenan Agong,” katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu, ketika berhimpun di Dataran Merdeka, Anwar mendakwa Kerajaan PN telah tumbang di samping mendakwa beberapa ahli Parlimen PN menyatakan menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk minta keluar daripada kerajaan.

“Dengan 107 ahli Parlimen di sini campur mereka, kerajaan sudah ditumbangkan,” kata Anwar.

Namun jelas Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik (ITKAS) Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu, bukti hilang sokongan boleh dilakukan sama ada ketika pengundian Sidang Parlimen atau di luar Dewan Rakyat dan Seri Paduka berpuas hati dengan perkara berkenaan benar-benar berlaku.

“Tidak kisah sama ada bukti itu menerusi surat akuan bersumpah atau surat sokongan, setelah Seri Paduka berpuas hati maka Perdana Menteri telah hilang sokongan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (​UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, sebarang keabsahan kerajaan hendaklah dilakukan dan dibuktikan menerusi saluran yang sah betul, bukannya sekadar gimik.

Menurut beliau, sebarang langkah untuk mengubah kerajaan harus dilakukan dalam Dewan Rakyat menerusi undi tidak percaya kepada Perdana Menteri bagi membuktikan perkara tersebut.

“Selain itu, ia boleh juga dipersembahkan kepada Seri Paduka dengan bukti kukuh bagi tujuan yang sama, kalau kedua perkara itu tidak berlaku jadi setakat ini kita andaikan yang kenyataan itu hanyalah gimik politik seperti mana berlaku sebelum ini.

“Malah jika dilihat perarakan pembangkang itu, ia menunjukkan mereka kukuh, tapi itu masih tidak membawa apa-apa implikasi apatah lagi untuk mengubah kerajaan. Cuma secara moral memang itu bagus bagi membuktikan kekuatan dan kekuatan blok pembangkang,” katanya.

Dalam nada sama, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. P. Sivamurugan berkata, sokongan perlu ditunjukkan sama ada melalui surat akuan berkuasa atau dokumen yang sah lain sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Beliau menjelaskan, jika itu tidak berlaku, maka episod sama akan berulang lagi pada masa akan datang.

“Jika kenyataan media sahaja, Ia tidak memadai kerana sesiapa sahaja akan datang dan maklumkan bahawa ada nombor,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Demikianlah Artikel Semalam Muhyiddin Dah Tumbang, Hari Ini PM Baru Akan Dilantik?

Sekianlah artikel Semalam Muhyiddin Dah Tumbang, Hari Ini PM Baru Akan Dilantik? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Semalam Muhyiddin Dah Tumbang, Hari Ini PM Baru Akan Dilantik? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/semalam-muhyiddin-dah-tumbang-hari-ini.html

Subscribe to receive free email updates: