Judul : Umpama Kambing Menanduk Bukit.. Dah Tahu Tutup, Redah Buat Apa?
link : Umpama Kambing Menanduk Bukit.. Dah Tahu Tutup, Redah Buat Apa?
Umpama Kambing Menanduk Bukit.. Dah Tahu Tutup, Redah Buat Apa?
Bahasa Melayu adalah bahasa yang dikatakan sebagai paling unik di dunia, pernah menjadi ligua franca suatu masa dulu, bahasa ibunda ini mempunyai lenggok yang tersendiri.
Disebabkan ini orang dulu-dulu sering berbicara menggunakan pelbagai kiasan yang mewujudkan apa yang dipanggil sebagai peribahasa, kerana ini kelihatan lebih sopan daripada berkata secara terus terang.- Bagai mencencang air yang membawa maksud melakukan kerja yang tidak berfaedah.
- Laksana layang-layang melawan angin yang membawa maksud perbuatan yang sia-sia.
- Laksana mencari sungai yang tiada berhulu yang membawa maksud berpenat lelah yang sia-sia
- Laksana wau melawan angin yang membawa maksud perbuatan yang sia-sia.
- Seperti anjing menyalak bukit yang membawa maksud perbuatan yang sia-sia.
- Bagai menghitung bulu kambing yang membawa maksud perbuatan yang sia-sia.
- Bagai hujan jatuh ke pasir yang membawa maksud perbuatan yang sia-sia.
- Jangan lemparkan pancing tiada berumpan yang membawa maksud kerja yang sia-sia.
- Arang habis, besi binasa yang membawa maksud pekerjaan yang sia-sia.
Contoh ayat yang boleh digunakan untuk menggambarkan apa yang telah dilakukan itu adalah kerja sia-sia:-
- Mereka sudah tahu Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada Isnin lalu ditangguhkan, tetapi Ahli-ahli Parlimen Pembangkang berarak juga ke bangunan Parlimen, tidakkah ini laksana mencari sungai yang tiada berhulu?
- Meskipun mereka sedar tindakan mereka itu tidak akan mengubah keputusan yang telah dibuat Kerajaan
Laporan berkaitan..
KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang berarak ke bangunan Parlimen meskipun mengetahui Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 semalam telah ditangguhkan adalah perbuatan yang disengajakan walaupun mereka sedar ia tidak akan mengubah keputusan itu.
Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Professor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata tindakan mereka itu adalah untuk menarik perhatian ramai termasuk masyarakat antarabangsa.
"Himpunan ini secara jelas melanggari prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan fizikal. Gelagat Ahli Parlimen ini dikhuatiri boleh mempengaruhi mana-mana kumpulan yang selepas ini mahu mengadakan himpunan dan melanggari SOP.
"Ia tidak wajar buat masa sekarang ketika kes COVID-19 masih tinggi. Matlamat tidak menghalalkan cara dengan melanggar SOP... seperti yang saya katakan dahulu, adakah ahli politik ini kalis COVID-19?" katanya ketika dihubungi semalam.
Bagi Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Raub, Pahang Dr Che Hamdan Che Mohd Razali, tindakan Ahli Parlimen terbabit adalah berniat untuk memberi tekanan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Masing-Masing dalam bertindak sudah memikirkan baik buruk. Namun kita dapat lihat bagaimana kegelojohan pemain politik ini memberikan imej dan contoh yang buruk bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada masyarakat antarabangsa.
"Bagi pemain politik, mereka melihat impak dari segi jumlah Ahli Parlimen yang berkumpul pagi ini untuk melihat setakat mana sokongan terhadap blok pembangkang," katanya.
Penganalisis politik dan media sosial dari UiTM Shah Alam, Selangor Profesor Madya Dr Sara Chinnasamy pula menegaskan tindakan pemimpin pembangkang berkumpul beramai-ramai sebagai protes susulan penangguhan sidang Parlimen adalah tindakan yang membahayakan ramai pihak.
"Daripada membahayakan banyak pihak dan menyebabkan pengikut mereka yang menyertai protes itu berdepan risiko, pembangkang seharusnya bertindak mengetepikan kepentingan politik serta berusaha untuk kesejahteraan negara dan rakyat terutama ketika ini yang menyaksikan kes COVID-19 terus meningkat," katanya.
Pakar Epidemiologi UPM Profesor Madya Dr Malina Osman juga berpendapat sebarang perhimpunan tidak harus dilakukan ketika ini bagi mengelak tercetusnya kluster baharu COVID-19.
"Sekarang ini, mana-mana pihak yang ingin menyumbang kepada kebaikan negara perlu berganding bahu mencari strategi penyelesaian COVID-19 dan bukan sekadar hendak mencari kesalahan.
"Masing-Masing kena fikir yang terbaik dan kerajaan pada masa sama juga perlu bersikap terbuka supaya perbincangan ke arah ini membuahkan hasil," katanya ~ AstroAwani
Demikianlah Artikel Umpama Kambing Menanduk Bukit.. Dah Tahu Tutup, Redah Buat Apa?
Sekianlah artikel Umpama Kambing Menanduk Bukit.. Dah Tahu Tutup, Redah Buat Apa? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Umpama Kambing Menanduk Bukit.. Dah Tahu Tutup, Redah Buat Apa? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/umpama-kambing-menanduk-bukit-dah-tahu.html