Najib Tak Patut Diampun, Kerana..

Najib Tak Patut Diampun, Kerana.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Tak Patut Diampun, Kerana.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Tak Patut Diampun, Kerana..
link : Najib Tak Patut Diampun, Kerana..

Baca juga


Najib Tak Patut Diampun, Kerana..

Pengamal undang-undang berpendapat wujud unsur-unsur penghinaan terhadap mahkamah apabila surat mengenai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang didakwa melanggar Kod Etika Hakim 2009, disebar.

Ini kerana penyebaran surat tersebut disambut dengan desakan pengampunan terhadap Yang di-Pertuan Agong, sekali gus dilihat menjejaskan imej mahkamah dan badan kehakiman secara ke­seluruhan, kata Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Sehubungan itu, katanya Peguam Negara mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk meneliti unsur-unsur penghinaan terhadap mahkamah terutama dalam proses pengampunan tersebut.

Beliau dilaporkan berkata proses pengampunan perlu dibuat secara teratur dan mengambil kira segala situasi dihadapi Datuk Seri Najib Razak, termasuk kes melibatkan SRC International, bagi mengelak wujudnya unsur menghina, mempertikai atau membelakangkan keputusan mahkamah.

Malah, pengampunan tidak seharusnya diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu semata-mata bersandarkan kepada surat pihak tertentu serta alasan-alasan yang meragukan dan boleh dipertikai, katanya menurut Utusan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan terhadap Mohd Nazlan merumuskan hakim yang mengendalikan kes SRC International itu telah melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan.

Ia dimaklumkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dalam surat bertarikh 20 Mac kepada Shafee & Co iaitu firma guaman yang mewakili Najib.

Surat yang dipercayai ‘bocor’ itu menyatakan bahawa Mohd Nazlan telah melanggar kod etika kehakiman dan mempunyai konflik kepentingan.

Mengulas lanjut, Mohamed Haniff menyifatkan, tindakan UMNO yang mahu bertemu Yang di-Pertuan Agong untuk memohon pengampunan Najib tidak menyalahi undang-undang asalkan ia dijalankan mengikut proses sewajarnya.

“Proses pengampunan sebenarnya dijalankan dengan teratur dan tertib. Tidak salah UMNO nak jumpa Seri Paduka untuk memberi surat sokongan, tetapi petisyen permohonan perlu dibuat oleh banduan, ahli keluarga atau peguam.

“Jadi, tiada siapa yang ada hak membantah pengampunan Najib sebab keputusan pengampunan tetap di bawah budi bi­cara Seri Paduka,” katanya.

Terdahulu, 14 bekas presiden Majlis Peguam Malaysia menggesa ‘pelakon tidak bertanggungjawab’ untuk berhenti mengkritik hakim Mahkamah Rayuan yang membicarakan kes SRC International Sdn Bhd yang berakhir dengan sabitan dan hukuman penjara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Semua peguam kanan itu berkata kritikan berterusan itu sama dengan serangan terhadap badan kehakiman, sambil bertanya kepada pengkritik jika mereka akan meneruskan sekiranya kes berprofil tinggi itu tidak melibatkan ahli politik berpengaruh seperti Najib.

“Ugutan berterusan terhadap badan kehakiman oleh ‘pelakon’ tidak bertanggungjawab berhubung kes itu adalah bahaya kepada kedaulatan undang-undang di negara kita.

“Terutamanya apabila 14 hakim telah mempertimbangkan kes Najib, dan 13 daripadanya telah menjatuhkan penghakiman yang munasabah yang menyokong sabitan,” kata mereka.

Najib, 69, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun itu di penjara Kajang, memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lalu.

Seramai 13 daripada 14 hakim kanan telah mempertimbangkan kes Najib dan telah membuat penghakiman yang munasabah yang menyokong sabitan hukuman diputuskan Mohd Nazlan - AgendaDaily


Demikianlah Artikel Najib Tak Patut Diampun, Kerana..

Sekianlah artikel Najib Tak Patut Diampun, Kerana.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Tak Patut Diampun, Kerana.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/04/najib-tak-patut-diampun-kerana.html

Subscribe to receive free email updates: