Hutang Negara Cecah RM1 Trilion.. - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hutang Negara Cecah RM1 Trilion.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Hutang Negara Cecah RM1 Trilion..link :
Hutang Negara Cecah RM1 Trilion..
Baca juga
Hutang Negara Cecah RM1 Trilion..
KUALA LUMPUR: Hutang Persekutuan pada akhir 2022 dicatatkan RM1,079.591 bilion, meningkat sebanyak RM99.777 bilion atau 10.2 peratus berbanding RM979.814 bilion pada 2021.
Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, berkata nisbah hutang Persekutuan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pula dicatatkan pada kadar 60.3 peratus.
Katanya, nisbah statutori Hutang Persekutuan yang membabitkan Bil Perbendaharaan Islamik, Terbitan Pelaburan Kerajaan dan Sekuriti Kerajaan Malaysia berjumlah RM1.032 trilion adalah pada nisbah 57.6 peratus kepada KDNK.
"Nisbah ini adalah di bawah had statutori 65 peratus kepada KDNK yang berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2022," katanya dalam kenyataan Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2022.
Sementara itu, kedudukan Liabiliti Persekutuan pada 2022 berjumlah RM1.399 trilion, iaitu meningkat sebanyak RM94.116 bilion atau 7.2 peratus berbanding RM1.305 trilion pada 2021.
Wan Suraya berkata, nisbah Liabiliti Persekutuan kepada KDNK adalah 78.1 peratus, iaitu menurun berbanding 84.3 peratus pada 2021.
Katanya, Liabiliti Kewangan terdiri daripada Liabiliti Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan Komitmen Kewangan serta Pelbagai Liabiliti pada 2022 pula dicatatkan sebanyak RM319.571 bilion.
"Daripada jumlah itu sejumlah RM34.492 bilion adalah Liabiliti PFI yang mana kedudukan baki dicatatkan berkurangan sebanyak RM1.083 bilion atau tiga peratus.
"Pada 2021, kedudukan baki dicatatkan sebanyak RM35.575 bilion. Sejumlah RM2.493 bilion sudah dibelanjakan bagi melunaskan prinsipal pinjaman dan bayaran faedah," katanya.
Sementara itu, Nilai Aset Kewangan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2022 adalah sebanyak RM139.554 bilion.
Wan Suraya berkata, nilai itu terdiri daripada Pelaburan dan Akaun Belum Terima (ABT).
"Pelaburan dalam pegangan ekuiti syarikat, badan berkanun dan agensi antarabangsa adalah berjumlah RM34.030 bilion.
"ABT Kerajaan Persekutuan pula adalah berjumlah RM105.524 bilion yang terdiri daripada pinjaman dan Pendahuluan Boleh Dituntut serta Pelbagai ABT," katanya -
BH
Demikianlah Artikel Hutang Negara Cecah RM1 Trilion..
Sekianlah artikel Hutang Negara Cecah RM1 Trilion.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hutang Negara Cecah RM1 Trilion.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/10/hutang-negara-cecah-rm1-trilion.html