PLKN Buang Masa Dan Wang - Kata Jeneral Bersara - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PLKN Buang Masa Dan Wang - Kata Jeneral Bersara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
PLKN Buang Masa Dan Wang - Kata Jeneral Bersaralink :
PLKN Buang Masa Dan Wang - Kata Jeneral Bersara
Baca juga
PLKN Buang Masa Dan Wang - Kata Jeneral Bersara
PETALING JAYA: Kerajaan mesti buat kajian mendalam mengenai keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), berikutan timbulnya cadangan program itu dihidupkan semula, kata seorang jeneral tentera bersara.
“Kita mesti kaji sekali lagi untuk lihat sama ada PLKN sebelum ini memberi manfaat. Terlalu banyak kelemahan dalam program itu,” kata Brigadier Jeneral bersara Arshad Raji.
Beliau mendapati program itu membazir masa dan sumber.
“Jutaan ringgit dibazirkan, pakaian seragam dibazirkan. Untuk semai semangat patriotik? Bagi saya, ia membuang masa,” kata Arshad.
Pada 2018, dilaporkan kerajaan memperuntukkan RM8.43 bilion untuk PLKN dalam tempoh 14 tahun. Sebahagian besar dari perbelanjaan itu digunakan untuk menyewa kem latihan.
Sebaliknya, Arshad mencadangkan kerajaan menggunakan model Korea Selatan dan Jepun untuk memupuk patriotisme menerusi kokurikulum sekolah.
“Kita tidak boleh mula pupuk patriotisme di Tingkatan 3 atau Tingkatan 5, sudah terlambat. Jika mahu pupuk patriotisme dalam kalangan kanak-kanak, ia mesti bermula pada usia muda,” katanya.
Dalam program PLKN sebelum ini, remaja berusia 18 tahun dipilih secara rawak untuk menjalani latihan selama tiga bulan, merangkumi sesi pembinaan pasukan, kegiatan berkhemah dan penggunaan senjata api.
Pada 9 Okt, Menteri Pertahanan Mohamad Hasan mengumumkan rancangan untuk mengembalikan semula program itu dengan kos tidak melebihi RM100 juta setahun berbanding RM500 juta sebelum ini.
Kata Mohamad, Kementerian Pertahanan membentuk satu jawatankuasa khas untuk mencari pendekatan terbaru bagi PLKN yang berbeza dengan format sebelum ini - FMT
Demikianlah Artikel PLKN Buang Masa Dan Wang - Kata Jeneral Bersara
Sekianlah artikel PLKN Buang Masa Dan Wang - Kata Jeneral Bersara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PLKN Buang Masa Dan Wang - Kata Jeneral Bersara dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/10/plkn-buang-masa-dan-wang-kata-jeneral.html