Pelabur Asing Jual RM1.16 Bilion Saham Bursa Malaysia Minggu Lalu

Pelabur Asing Jual RM1.16 Bilion Saham Bursa Malaysia Minggu Lalu - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelabur Asing Jual RM1.16 Bilion Saham Bursa Malaysia Minggu Lalu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelabur Asing Jual RM1.16 Bilion Saham Bursa Malaysia Minggu Lalu
link : Pelabur Asing Jual RM1.16 Bilion Saham Bursa Malaysia Minggu Lalu

Baca juga


Pelabur Asing Jual RM1.16 Bilion Saham Bursa Malaysia Minggu Lalu

KUALA LUMPUR: Jualan bersih pelabur asing di Bursa Malaysia meningkat ketara dengan mencatatkan aliran keluar sebanyak RM1.16 bilion pada minggu lalu.

Ia juga adalah aliran keluar yang terbesar dalam tempoh tiga tahun selepas merekodkan jualan bersih sebanyak AS$1.79 bilion pada minggu berakhir 20 Mac 2020.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Research) berkata, belian bersih pelabur asing adalah sekitar RM20.6 juta pada Isnin tetapi jualan bersih selepas itu adalah lebih tinggi.

Katanya, jualan bersih adalah pada RM39.3 juta pada Selasa; RM397.6 juta pada Rabu; RM410.6 juta pada Khamis dan RM336.3 juta pada Jumaat.

"Tiga sektor teratas dengan aliran masuk bersih pelabur asing untuk minggu berkenaan ialah utiliti (RM86.2 juta), pembinaan (RM41.8 juta) dan hartanah (RM21.9 juta).

"Manakala tiga sektor teratas yang mencatat aliran keluar bersih asing ialah Perkhidmatan Kewangan (RM770.3 juta), Produk & Perkhidmatan Pengguna (RM246.5 juta) dan Penjagaan Kesihatan (RM159.8 juta)," katanya dalam satu nota penyelidikan.


Setakat ini, MIDF Research berkata, pelabur asing telah menjual bersih RM3.13 bilion di Bursa Malaysia.

Institusi tempatan pula, katanya menamatkan aliran jualan bersih selama tiga minggu dengan mencatatkan belian bersih RM1.05 bilion, jumlah belian bersih tertinggi yang dilihat dalam tiga tahun sejak minggu berakhir 5 Jun 2020 pada RM1.18 bilion.

Ia berkata, setakat tahun ini institusi tempatan telah mencatatkan pembelian bersih RM3.63 bilion saham terutamanya dalam sektor seperti perkhidmatan kewangan (RM678.5 juta), penjagaan kesihatan (RM138.6 juta) dan produk & perkhidmatan pengguna (RM127.2 juta).

"Peruncit tempatan meneruskan pembelian bersih ekuiti domestik untuk minggu kedua berturut-turut pada RM114.4 juta.

"Sehingga kini, peruncit tempatan merekodkan jualan bersih berjumlah RM508.2 juta," katanya.

Dari segi penyertaan, MIDF Research berkata terdapat peningkatan purata volum dagangan harian (ADTV) dalam kalangan pelabur asing sebanyak 2.4 peratus minggu lalu dan 3.6 peratus dalam kalangan institusi tempatan manakala peruncit tempatan mengalami penurunan sebanyak 3.7 peratus - BH


Demikianlah Artikel Pelabur Asing Jual RM1.16 Bilion Saham Bursa Malaysia Minggu Lalu

Sekianlah artikel Pelabur Asing Jual RM1.16 Bilion Saham Bursa Malaysia Minggu Lalu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelabur Asing Jual RM1.16 Bilion Saham Bursa Malaysia Minggu Lalu dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/10/pelabur-asing-jual-rm116-bilion-saham.html

Subscribe to receive free email updates: