Jangan Jadikan Malaysia Ini Hong Kong Ke-2.. - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan Jadikan Malaysia Ini Hong Kong Ke-2.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Jangan Jadikan Malaysia Ini Hong Kong Ke-2..link :
Jangan Jadikan Malaysia Ini Hong Kong Ke-2..
Baca juga
Jangan Jadikan Malaysia Ini Hong Kong Ke-2..
SELAIN makan pakai yang mencukupi, kediaman selesa juga menjadi satu keperluan hidup setiap individu namun tidak semua bernasib baik untuk memilikinya.
Disebabkan faktor desakan hidup dan kekangan kewangan yang membatasi perbelanjaan, maka ada yang terpaksa akur tinggal di rumah atau bilik sempit sebagai tempat berteduh daripada panas dan hujan.
Senario ini juga banyak dilihat di negara moden seperti Hong Kong, Jepun dan Korea Selatan yang memiliki kepadatan penduduk tinggi dan kos sara hidup yang membebankan.
Di daerah Sham Shui Poi, Kowloon, Hong Kong misalnya, krisis perumahan yang kritikal menyaksikan harga rumah hanya sekadar ‘mampu lihat’ untuk sebahagian besar penduduknya.
Ditambah faktor tanah yang sangat terhad dan mahal untuk tujuan perumahan, maka banyak premis kediaman dibina atau diubah suai bagi memuatkan ratusan unit bilik sebesar sangkar burung demi memenuhi keperluan penduduk tidak berkemampuan.
Bayangkan terpaksa hidup dalam satu bilik menempatkan sehingga 20 unit ‘sangkar’ yang kebiasaannya dibina sehingga tiga tingkat.
Bayaran dikenakan oleh tuan tanah atau pemilik premis pula adalah sekitar AS$200 (RM938) sebulan untuk setiap unit ‘sangkar’ berukuran 3 meter (6 kaki) x 0.8 meter (2 1/2 kaki).
‘Sangkar’ di tingkat lebih rendah adalah lebih mahal kerana anda hampir boleh berdiri di dalamnya tetapi keadaannya juga tidak kurang daif.
Jelas daripada namanya, kediaman umpama sangkar burung dan reban ayam ini bukan sesuatu yang menggambarkan keselesaan sebaliknya yang muncul di fikiran adalah keadaan sempit dan menyesakkan.
Namun bagi kebanyakan penduduk bergaji kecil seperti tukang sapu dan pekerja am, golongan warga emas dan sebatang kara, hanya ‘rumah’ sekangkang kera itulah opsyen yang ada untuk menjalani kehidupan seharian mereka.
Belum lagi bercerita mengenai bau kurang menyenangkan dan pepijat. Lebih menyedihkan ada ahli keluarga terpaksa duduk berasingan disebabkan kesempitan ruang.
Penyewa juga harus berkongsi tandas dan kemudahan mencuci, selain kebanyakan unit kediaman itu tidak mempunyai dapur menyebabkan penyewa miskin terpaksa membelanjakan pendapatan kecil mereka untuk membeli makanan.
Sementara di Jepun pula ramai pemaju atau tuan tanah membangunkan ‘geki-sema’ atau rumah kongsi untuk mengatasi masalah kekurangan perumahan mampu milik terutama di bandar besar seperti Tokyo.
Di dalam rumah kongsi tersebut terdapat unit bilik sempit berukuran seperti liang lahad, tidak bertingkap dan hanya mampu menempatkan beberapa barangan peribadi milik penghuni.
Walaupun bilik-bilik tersebut dibina bertingkat antara satu sama lain seperti loker namun sewa untuk ‘geki-sema’ ini boleh mencecah AS$600 (RM2,816) sebulan.
‘Geki-sema’ ini biasanya menjadi pilihan golongan profesional muda yang menghabiskan kebanyakan masa mereka bekerja di luar dan hanya pulang untuk tidur.
Di Malaysia, isu bilik sewa ‘sangkar burung’ dan juga ‘liang lahad’ ini semakin banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Malah, iklan bilik sewa sempit ini dengan mudah boleh didapati di laman media sosial.
Alasan utama terpaksa tinggal di bilik seumpama itu adalah kerana faktor kewangan yang tidak memungkinkan untuk menyewa kediaman lebih selesa.
Pada masa sama, keterpaksaan ini membuka peluang kepada pemilik rumah atau kediaman yang mahu mengeksploitasi keadaan demi mengaut untung dengan mengubah suai premis mereka menjadi unit bilik sewa sempit.
INDIKATOR EKONOMI TIDAK SIHAT
Daripada perspektif ekonomi, isu bilik sewa ini boleh menjadi indikator keadaan ekonomi tidak sihat di mana rakyat gagal memenuhi satu keperluan asas iaitu rumah yang selesa untuk didiami.
Menurut Ahli Ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA), Muhamad Zharif Luqman Hashim, ketidakupayaan untuk memiliki kediaman yang selesa terutamanya dalam kalangan golongan muda dilihat sebagai tanda kekangan kewangan dan cabaran ekonomi semasa.
“Keperluan asas seperti tempat tinggal adalah penting untuk kualiti hidup yang baik dan apabila sebahagian besar penduduk tidak dapat memenuhi keperluan ini, ia boleh mencerminkan isu ekonomi yang kritikal.
“Faktor seperti kos yang tinggi, tahap pendapatan yang tidak mencukupi, kekurangan pilihan rumah mampu milik dan ketidaksamaan pendapatan boleh menyumbang kepada keadaan ini,” katanya.
Beliau turut mengakui dalam isu ini terdapat tuan rumah atau pemilik hartanah yang eksploitatif mencari keuntungan daripada kesukaran individu mencari rumah sesuai dengan kemampuan.
“Ini melibatkan bayaran sewa yang terlalu tinggi untuk rumah yang tidak selesa dan sempit atau terlibat dalam amalan penyewaan yang tidak beretika.
“Bagaimanapun, penting untuk tidak menyamakan semua tuan rumah atau pemilik hartanah sebagai ‘kapitalis’ yang ingin mengeksploitasi individu lain,” katanya lagi.
Tambah beliau, pasaran sewa rumah adalah pelbagai dan terdapat pemilik hartanah bertanggungjawab yang menyediakan pilihan perumahan adil dan mampu milik.
Jelasnya, terdapat kepentingan untuk menyediakan garis panduan berkenaan dengan hak penyewa dan pemilik dalam memastikan kedua-dua pihak memiliki situasi menang-menang serta dapat melindungi penyewa termasuk memastikan tuan tanah mematuhi amalan adil serta beretika.
Muhamad Zharif turut berpendapat, terdapat kemungkinan Malaysia boleh menghadapi cabaran yang sama seperti di luar negara jika isu itu tidak ditangani dengan berkesan.
“Untuk membendung Malaysia daripada mengikut jejak langkah negara yang mempunyai isu perumahan kronik seperti Hong Kong, langkah proaktif adalah penting.
“Ini termasuklah mengetatkan peraturan pemilikan rumah mampu milik kepada mereka yang betul-betul lulus kriteria yang telah ditetapkan seperti tidak membenarkan mereka yang memiliki hartanah atau rumah mampu milik lain untuk membeli rumah tersebut,” ujarnya.
Selain itu, perlu untuk memiliki peraturan yang memastikan amalan penyewaan yang adil, perancangan bandar yang mengutamakan perumahan yang mencukupi kepada golongan yang berpendapatan rendah, dasar menangani ketidaksamaan pendapatan dan mekanisme perlindungan penyewa serta pemilik rumah.
INISIATIF EKONOMI PELBAGAI
Bagi menangani isu bilik sewa kapitalis ini daripada sudut ekonomi, ia memerlukan pendekatan yang pelbagai.
“Pertama, program perumahan mampu milik harus menjadi komponen utama strategi. Kerajaan perlu meneliti semula syarat dan kelayakan pemilikan rumah ini agar ia tidak dieksploitasi oleh golongan pemain hartanah.
“Selain itu, inisiatif melibatkan subsidi, insentif cukai atau perkongsian dengan pemaju swasta untuk meningkatkan bekalan unit rumah kos rendah.
"Program-program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan kepada individu dan keluarga berpendapatan rendah dengan memberikan pilihan perumahan yang boleh diakses,” jelas Muhamad Zharif
Kedua, katanya, langkah kawalan sewa boleh memainkan peranan penting dalam mengurangkan masalah ini.
“Dengan melaksanakan dasar yang mengehadkan kenaikan sewa yang berlebihan, kerajaan boleh menjadikan perumahan lebih mampu milik untuk penyewa.
“Bagaimanapun, adalah penting untuk mencapai keseimbangan yang menghalang tuan rumah daripada mengurangkan penyenggaraan dan pelaburan hartanah disebabkan oleh peraturan yang ketat, sekali gus boleh menjejaskan kualiti perumahan,” ujarnya.
Menurutnya lagi, meningkatkan gaji pekerja adalah satu lagi strategi ekonomi yang perlu dipertimbangkan.
“Dasar gaji progresif yang telah dinyatakan oleh kerajaan adalah mekanisme yang penting dalam mengimbangi kenaikan gaji dengan peningkatan kemahiran yang dapat memberi manfaat kepada pekerja dan majikan.
“Peningkatan gaji menjadikan rakyat lebih mudah untuk memiliki rumah yang layak dengan gaji mereka. Ini seterusnya mengurangkan kebergantungan mereka kepada keadaan hidup yang sempit yang didorong oleh kekangan kewangan,” jelasnya.
Selain itu, menurutnya, usaha kepelbagaian ekonomi dan penciptaan pekerjaan harus diutamakan.
“Ekonomi yang pelbagai dengan peluang pekerjaan mencukupi boleh meningkatkan pendapatan isi rumah dan mengurangkan kemiskinan, sekali gus dapat meningkatkan kuasa beli rakyat.
“Tambahan pula, pembaharuan kewangan perumahan yang memastikan akses kepada pilihan pembiayaan perumahan, seperti gadai janji mampu milik atau program bantuan perumahan dapat memudahkan pemilikan rumah dan menawarkan alternatif kepada ruang sewa yang sempit bagi mereka yang mencari kediaman,” tambah beliau -
SH
Demikianlah Artikel Jangan Jadikan Malaysia Ini Hong Kong Ke-2..
Sekianlah artikel Jangan Jadikan Malaysia Ini Hong Kong Ke-2.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jangan Jadikan Malaysia Ini Hong Kong Ke-2.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/10/jangan-jadikan-malaysia-ini-hong-kong.html