Majoriti BN Turun Di Pelangai Kerana Calon Difitnah - Zahid - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Majoriti BN Turun Di Pelangai Kerana Calon Difitnah - Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Majoriti BN Turun Di Pelangai Kerana Calon Difitnah - Zahidlink :
Majoriti BN Turun Di Pelangai Kerana Calon Difitnah - Zahid
Baca juga
Majoriti BN Turun Di Pelangai Kerana Calon Difitnah - Zahid
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengakui mengenal pasti punca majoriti undi Barisan Nasional (BN) berkurangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, ia disebabkan fitnah dan pelbagai isu negatif yang dilemparkan oleh pihak lawan sepanjang kempen pilihan raya kecil tersebut.
Katanya, disebabkan itu, beliau menganggap kemenangan di Pelangai bukanlah kemenangan yang kecil semata-mata.
“Dalam pilihan raya kecil, mana-mana calon pun jika mereka diterjah dengan pelbagai fitnah dan isu, pasti situasi itu akan menyebabkan majoriti itu terjejas.
“Namun, yang penting ialah kemenangan itu bukan kemenangan yang kecil. Kita berterima kasih kepada kepemimpinan BN negeri, bahagian dan rakan-rakan daripada bahagian-bahagian lain yang telah membantu,” katanya kepada pemberita di Universiti Malaya hari ini.
Beliau turut menghargai sokongan parti komponen Kerajaan Perpaduan yang turut membantu dalam pilihan raya kali ini.
“Yang paling baiknya ialah rakan-rakan dalam parti-parti komponen kerajaan perpaduan turun membantu.
“Yang lebih penting ialah terima kasih kepada pengundi-pengundi DUN Pelangai yang memeliharakan komitmen mereka dengan kejayaan saudara Datuk Amizar Abu Adam,” katanya.
Amizar berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli dengan majoriti 2,949 undi.
Ia berbeza dengan majoriti yang diraih BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila memperoleh majoriti 4,048 undi.-UTUSAN
Demikianlah Artikel Majoriti BN Turun Di Pelangai Kerana Calon Difitnah - Zahid
Sekianlah artikel Majoriti BN Turun Di Pelangai Kerana Calon Difitnah - Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Majoriti BN Turun Di Pelangai Kerana Calon Difitnah - Zahid dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/10/majoriti-bn-turun-di-pelangai-kerana.html