Isu Beras: Mat Sabu Tak Perlu Keluar Kenyataan Ala Lagu Bangau Oh Bangau.. - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Beras: Mat Sabu Tak Perlu Keluar Kenyataan Ala Lagu Bangau Oh Bangau.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Isu Beras: Mat Sabu Tak Perlu Keluar Kenyataan Ala Lagu Bangau Oh Bangau..link :
Isu Beras: Mat Sabu Tak Perlu Keluar Kenyataan Ala Lagu Bangau Oh Bangau..
Baca juga
Isu Beras: Mat Sabu Tak Perlu Keluar Kenyataan Ala Lagu Bangau Oh Bangau..
SEHARI selepas kolom pojok Belalang di BH Ahad mempersoalkan punca sebenar beras tempatan 'hilang' di pasaran, akhbar ini menyiarkan laporan eksklusif di muka depannya, semalam, menyorot setiap rantaian pengeluaran bekalan makanan ruji di negara ini dan kemungkinan wujudnya ketirisan, 'tangan ghaib' atau manipulasi pihak tertentu sehingga memberi kesan dari segi bekalan dan harga pasaran.
Ini kerana persoalan membelenggu pengguna, iaitu rakyat, apabila pihak terbabit dalam industri pengeluaran beras daripada pesawah, pengilang, pemborong dan peruncit saling menuding persis dalam reaksi setiap pemegang taruh dalam laporan itu, sekali gus mengingatkan kita kepada lagu rakyat, Bangau Oh Bangau.
Justeru, jawapan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu, semalam bahawa kekurangan bekalan beras putih tempatan itu berpunca pembelian panik dicetuskan sebuah video menyebarkan berita palsu bahawa ia bakal kehabisan dan trend pengguna terpaksa beralih kepada produk terbabit dengan tidak lagi membeli beras putih import dibimbangi hanya akan dilihat rakyat tidak lebih daripada menyambung lagu salah-menyalah atau enggan mengambil tanggungjawab sebenar.
Ini diburukkan lagi dengan dakwaan kurang koordinasi antara pengurusan tertinggi KPKM dengan pembekal, pengeluar dan pesawah, selain pegawainya dikatakan jarang 'turun bendang.'
Kita tidak memerlukan jawapan retorik, jauh sekali kenyataan menyalahkan sebuah video tular disimpulkan secara simplistik yang mencetuskan 'kegawatan beras' dalam rantaian pengeluaran sehingga menjejaskan soal berkait secara langsung dengan periuk nasi rakyat.
Kita minta kerajaan menyiasat pelbagai faktor gangguan bekalan, termasuk seperti diperincikan di muka depan akhbar ini seperti keengganan memproses dan kegagalan mematuhi kuota pemprosesan 20 peratus beras putih tempatan ekoran untung kecil atau beras putih import lebih menguntungkan, selain menukar kampit serta ketirisan di sempadan.
Hakikatnya, desakan siasat bukan mahu mencari 'kambing hitam', sebaliknya memastikan pihak 'menahan lukah di penggentingan' dibawa ke muka pengadilan, sekali gus dihukum atas keresahan dialami rakyat dan penambahan beban kewangan negara disebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah penyelesaian seperti mengadakan jualan Rahmah beras putih import dengan harga lebih rendah daripada pasaran dan arahan agensi kerajaan termasuk asrama sekolah menggunakan beras import.
Malah, siasatan menyeluruh dapat membantu kerajaan memastikan krisis tidak berulang dan mewujudkan pelan luar jangkaan kerana keterjaminan makanan kita mudah terkesan dengan perubahan pasaran dunia selagi tahap sara diri beras tidak mencapai sasaran selamat.
Kita juga mengulangi seruan pernah disiarkan di ruangan ini supaya KPKM mula merangka 'naratif pertanian termaju' bersifat realistik, konkrit, strategik dan holistik terutama membabitkan bekalan berkait dengan keterjaminan makanan yang sebenarnya menjadi antara komitmen kerajaan dalam Ekonomi MADANI.
Sampai masanya semua pihak daripada Kerajaan Persekutuan, negeri, industri dan rantaian pengeluaran serta pemegang taruh pelbagai institusi duduk semeja membincangkan pelan menyeluruh menyelesaikan permasalahan yang boleh dianggap sebagai isu keselamatan negara.
Dipetik dari
SINI
Demikianlah Artikel Isu Beras: Mat Sabu Tak Perlu Keluar Kenyataan Ala Lagu Bangau Oh Bangau..
Sekianlah artikel Isu Beras: Mat Sabu Tak Perlu Keluar Kenyataan Ala Lagu Bangau Oh Bangau.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Isu Beras: Mat Sabu Tak Perlu Keluar Kenyataan Ala Lagu Bangau Oh Bangau.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/10/isu-beras-mat-sabu-tak-perlu-keluar.html