Judul : ISU PRU14 & UMNO DIMINTA SERAH KERUSI PARLIMEN. @NajibRazak
link : ISU PRU14 & UMNO DIMINTA SERAH KERUSI PARLIMEN. @NajibRazak
ISU PRU14 & UMNO DIMINTA SERAH KERUSI PARLIMEN. @NajibRazak
MiM merujuk ke laporan portal FMT bertajuk Umno yang kalah teruk PRU13, bukan kami, kata MCA yang disiarkan hari iniSebelum ini, Presiden MCA Liow Tiong Lai dilaporkan 'meminta UMNO menyerahkan semula 3 kerusi Parlimen yang menurut MCA “milik”mereka'.
Bagaimanapun, Shahidan berkata perbincangan kerusi adalah perkara nombor dua.
Banyak orang cakap nak ambil kerusi ini, kerusi itu. Boleh dibincang tetapi jaminan kemenangan? Jangan hanya minta kerusi tetapi tidak boleh beri kemenangan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh FMT.
Kenyataan Shahidan Kassim itu bagaimana pun tidak disenangi oleh individu yang bernama Chris Daniel Wong, Setiausaha Biro Keharmonian Agama MCA.
Beliau melenting secara melulu padahal sebagai pemimpin politik, beliau tentu tahu kepentingan parti-parti di dalam BN untuk tidak membincangkan isu pengagihan kerusi secara terbuka. Ianya untuk mengelakkan daripada disalah tafsir dan diputar belitkan oleh anasir-anasir anti-BN terutamanya portal-portal pro-pembangkang yang tidak beretika.
Dan beliau juga perlu mengakui bahawa ambil kerusi sahaja tidak cukup jika tidak ada tanda-tanda kemenangannya. Maksudnya mudah, sama-sama kita buktikan dahulu gerak kerja dan tambahkan usaha supaya kemenangan itu adalah sesuatu yang boleh dicapai.
Tambahan pula, parti BN sudah mempunyai mekanisme yang sangat baik untuk berbincang sesama sendiri tanpa sebarang permasalahan pengagihan kerusi semasa pilihanraya sejak dahulu lagi, tidak seperti yang parti pembangkang. Puak pembangkang ini sudah terbukti gila kuasa dan tidak sanggup berkompromi sesama mereka. Rakyat pun sedia maklum dengan perangai jijik Pakatan Pembangkang ini.
Cuma satu perkara yang menimbulkan persoalan besar iaitu apabila FMT melaporkan bahawa 'MCA memberitahu UMNO supaya cermin diri sebelum menuduh parti itu gagal menunjukkan prestasi baik pada pilihan raya lepas'.
Pertamanya, MiM tidak pasti sama ada Daniel Wong sendiri yang mengatakan ayat 'MCA memberitahu UMNO supaya cermin diri sebelum menuduh parti itu gagal menunjukkan prestasi baik pada pilihan raya lepas' atau hanya sekadar putar belit murahan portal FMT untuk mensensasikan dan mengaitkan isu ini dengan keseluruhan prestasi UMNO semasa PRU13.
Ianya kerana, jika kita rujuk laporan portal tersebut, ianya hanya berkisar kepada 3 kerusi parlimen sahaja dan BUKAN keseluruhan 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan.
Tambahan pula, adalah tidak cerdik jika Daniel Wong MCA benar-benar mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan oleh FMT kerana jika merujuk kepada perbandingan kerusi pada PRU12 dan PRU13 seperti di bawah, parti UMNO sebenarnya tidak gagal dan prestasi parti itu baik!
UMNO telah menambah kerusi parlimen kepada 88 kerusi pada PRU13 jika dibandingkan 79 kerusi pada PRU12. Dan hakikatnya ialah parti MCA pula hanya menang 7 kerusi parlimen pada PRU13 berkurangan jika dibandingkan 15 kerusi pada PRU12.
Statistik ini telah diberitahu dan difahami oleh setiap pemimpin-pemimpin parti BN termasuk MiM dan pastinya, Daniel Wong MCA. Kerana itu, MiM meragui laporan FMT, seolah-olah ahli politik MCA ini tidak berpijak di bumi yang nyata dan masih bermimpi di siang hari tentang prestasi parti beliau sendiri.
FMT dituntut untuk memperbetulkan laporan mereka.
Dan daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan, 3 kerusi parlimen ini menjadi isu dan diminta balik oleh MCA :
1. KuantanAlasannya ialah calon-calon UMNO telah 'tewas dengan majoriti lebih besar' pada PRU13 jika dibandingkan dengan calon-calon MCA pada PRU12. Alasan MCA ini sebenarnya boleh dipertikai. Sebagai contoh, pada PRK 11, Pembangkang hanya mendapat 12,177 undi sahaja jika dibandingkan dengan calon BN yang mendapat 21,324 undi. Undi Calon MCA pada PRU13 jatuh teruk ke 16,572 undi.
2. Gelang Patah
3. Wangsa Maju
Parlimen Gelang Patah pula adalah satu lagi bukti berlakunya tsunami politik apabila Dato Ghani Osman, bekas Menteri Besar yang banyak berjasa kepada negeri Johor telah dikalahkan oleh bidan terjun DAP iaitu Lim Kit Siang. Pada PRU 2013, 89.1 peratus keluar mengundi jika dibandingkan dengan PRU11 (70%) dan PRU12 (80%).
Dan jika Daniel Wong MCA benar-benar prihatin, tsunami politik ini yang perlu digusari dan dicarikan ubat penyelesaiannya. Tambahan pula, beliau tidak patut gusar dengan prinsip parti UMNO di dalam isu perkongsian kuasa termasuk pengagihan kerusi yang selama ini tidak mendatangkan sebarang masaalah. Tidak seperti parti cauvinis DAP yang amat tamak kuasa hinggakan tidak sanggup berkongsi kerusi DUN di Pulau Pinang.
Malah di Pulau Pinang ini, DS Zainal Abidin Osman, Pengerusi UMNO Pulau Pinang telah membuktikan prinsip UMNO ini. Apabila wujud fitnah kononnya UMNO mahu merampas jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang, beliau berkata bahawa UMNO Pulau Pinang tidak berhasrat untuk mengambil alih jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang daripada parti Gerakan.
"Hubungan UMNO Pulau Pinang dengan rakan-rakan komponen BN Pulau Pinang adalah akrab dan baik, juga saling melengkapkan antara satu sama lain. Malah kerjasama antara parti-parti Komponen BN Pulau Pinang adalah di tahap yang baik".
"UMNO Pulau Pinang juga tidak pernah mencadangkan atau melobi Perdana Menteri untuk mengambilalih jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang. Perlantikan Pengerusi BN Negeri adalah prerogatif Pengerusi BN Pusat iaitu YAB Perdana Menteri".Sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Negeri Pulau Pinang. MiM ingin mengesahkan kebenaran tentang kenyataan DS Zainal Abidin bahawa tidak pernah timbul sebarang perbincangan tentang mengambil alih jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang.
"Lagi pula tidak pernah timbul dalam sebarang perbincangan di peringkat Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang sebarang cadangan untuk mengambilalih jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang yang kini disandang oleh Saudara Teng Chang Yeow dari Gerakan" kata DS Zainal Abidin.
Yang penting sekarang bukan berebut jawatan atau kerusi parlimen dan kerusi DUN tetapi untuk memastikan rakyat konfiden dan berpihak kepada parti BN dan bukannya seperti parti pembangkang yang saling bercakaran sesama sendiri serta gila kuasa tidak mampu berkompromi sesama sendiri.
Sehingga ke saat ini, pembangkang masih lagi bercelaru dan ternyata amat teruk sekali : BACA SINI
Demikianlah Artikel ISU PRU14 & UMNO DIMINTA SERAH KERUSI PARLIMEN. @NajibRazak
Sekianlah artikel ISU PRU14 & UMNO DIMINTA SERAH KERUSI PARLIMEN. @NajibRazak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ISU PRU14 & UMNO DIMINTA SERAH KERUSI PARLIMEN. @NajibRazak dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/isu-pru14-umno-diminta-serah-kerusi.html