Judul : Mana ada nak bertunang dengan Shahir - Erra Fazira
link : Mana ada nak bertunang dengan Shahir - Erra Fazira
Mana ada nak bertunang dengan Shahir - Erra Fazira
Pelakon popular, Erra Fazira mengakui dia kali terakhir bertemu dengan lelaki yang dikaitkan bakal menjadi tunangannya iaitu penyanyi Shahir setahun yang lalu.
Justeru, Erra, 42, pelik dengan berita bahawa dia dan juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan itu bakal bertunang dalam masa terdekat ini.
Malah menegaskan dia kini masih solo dan status dirinya kini boleh diibaratkan tidak terikat dan juga tidak terbuka dengan mana-mana lelaki.
"Mana ada kami nak bertunang? Saya pun tidak tahu macam mana berita itu timbul. Cerita yang tidak kecoh kata saya nak bertunang sebelum ini bukan keluar dari mulut saya pun.
"Tapi saya mengaku kami dalam fasa saling mengenali antara satu sama lain. Hubungan kami banyak di whatsapp dan kali terakhir bertemu setahun yang lalu.
"Saya ni jenis mana keluar rumah kalau tidak ada benda yang penting," katanya.
Erra ditemui pihak media selepas pelancaran pelancaran minyak wangi miliknya iaitu Lovable dan Forget Me Not di Hotel Royal Chulan di sini hari ini.
Ramadan lalu, Erra akhirnya dikatakan membuat pengakuan dia sedang menjalin hubungan istimewa Shahir, 28.
Erra sebelum itu menafikan dakwaan kononnya juara Akademi Fantasia musim kelapan itu merancang mahu meminang dirinya dan tidak tahu menahu tentang perkara itu.
Memetik laporan sebuah portal, Erra meluahkan tentang isi hatinya yang pernah mencari lelaki yang lebih berusia kerana kematangan.
Bagaimanapun ibu tunggal anak satu itu mengakui dia sukar untuk menolak cinta Shahir.
Namun jelas Erra, tiada apa yang boleh diulaskan lagi kerana mereka masih di peringkat awal dan saling mengenali antara satu sama lain.
Erra pernah berkahwin dengan Yusry KRU pada tahun 2003 dan bercerai pada tahun 2006. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Kemudian, Erra mendirikan rumah tangga kedua kalinya dengan Engku Emran pada tahun 2007, namun rumah tangga mereka berakhir pada tahun 2014.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata sulung perempuan bernama Engku Aleesya, yang kini berusia tujuh tahun.– MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Mana ada nak bertunang dengan Shahir - Erra Fazira
Sekianlah artikel Mana ada nak bertunang dengan Shahir - Erra Fazira kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mana ada nak bertunang dengan Shahir - Erra Fazira dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/mana-ada-nak-bertunang-dengan-shahir.html