Judul : Media dunia tertumpu ke Dataran Merdeka, Pelajar Malaysia
link : Media dunia tertumpu ke Dataran Merdeka, Pelajar Malaysia
Media dunia tertumpu ke Dataran Merdeka, Pelajar Malaysia
BORHAN AHMADMenjelang perhimpunan #TangkapM01 di Dataran Merdeka petang ini, media antarabangsa mula turun ke Kuala Lumpur bagi membuat liputan skandal yang mendapat perhatian media seluruh dunia ini.
Reuters, BBC, AFP, NHK, Aljazeera bersama media lain mulai turun untuk membuat liputan ke atas perhimpunan yang digerakkan sepenuhnya oleh pelajar Malaysia ini.
Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi (SBPI) Rawang yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Darul Quran Jakim dan kini belajar di Universiti Malaya (UM) menjadi buruan media.
Sehari menjelang perhimpunan ini, Anis Syafiqah berkata, cita-cita beliau bukan menempa nama menjadi seorang aktivis.
"Cita-cita saya ialah ingin melihat masa depan Malaysia yang lebih baik.
"Perjuangan ini bukan kerana nama.
Perjuangan ini perjuangan kita bersama!" tulis Anis Syafiqah dalam facebooknya.
Dalam gerakan ini, Anis Syafiqah sentiasa ditemani rakan rapatnya, Aqilah Zainuri yang membantu beliau menjaga media dan penerangan.
"Terima kasih Mak, Abah, keluarga, dan semua rakyat Malaysia yang menyokong perjuangan kami.
"Cacian, makian, tohmahan, ugutan semua sudah kami terima.
"Kepada yang cuba menjatuhkan, kami tidak goyah.
Kami akan terus melangkah.
"Hari ini adalah sejarah yang kita cipta. 27 OGOS Hari Mahasiswa dan Rakyat! Kita Jumpa di Dataran Merdeka!" tulis Aqilah dalam facebooknya pagi ini.
Kini perjuangan Anis Syafiqah dan rakan-rakannya mendapat dokongan semua pihak termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Mahathir dijangka akan turun kira-kira jam 3 petang di Dataran Merdeka bagi memberikan sokongan moral kepada pelajar-pelajar yang berani ini.
Icon demonstrasi Malaysia, Mohamad Sabu yang juga presiden Parti Amanah Negara (Amanah) turut memberikan sokongan moral kepada Anis dan rakan-rakannya.
Walaupun tidak dapat turun hari ini, Mohamad telah menemui mereka Selasa lepas bagi memberikan kata-kata semangat dan dorongan.
Di sebalik semangat dan dorongan, kerajaan mula memberikan tekanan kepada mereka.
Kementerian Pendidikan Tinggi mengeluarkan pekeliling melarang pelajar universiti terlibat dengan perhimpunan ini atau menerima hukuman.
Naib Canselor UiTM juga mengeluarkan pekeliling khas melarang pelajarnya menyertai perhimpunan petang ini.
Demikianlah Artikel Media dunia tertumpu ke Dataran Merdeka, Pelajar Malaysia
Sekianlah artikel Media dunia tertumpu ke Dataran Merdeka, Pelajar Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Media dunia tertumpu ke Dataran Merdeka, Pelajar Malaysia dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/media-dunia-tertumpu-ke-dataran-merdeka.html