Judul : Polis Perak siasat pencabulan seksual di maahad tahfiz
link : Polis Perak siasat pencabulan seksual di maahad tahfiz
Polis Perak siasat pencabulan seksual di maahad tahfiz
Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan mengenai dakwaan pencabulan seksual di sebuah maahad tahfiz di sini yang dimiliki seorang penceramah bebas terkemuka.
Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan pihak sekolah terbabit.
"Memang ada laporan dibuat dan pihak polis sedang menjalankan siasatan dan akan melengkapkannya secepat mungkin.
"Dalam hal ini kita kena berhati-hati dan teliti serta menjaga semua aspek," katanya kepada pemberita pada majlis Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Polis Diraja Malaysia Negeri Perak.
Abdul Rahim diminta mengulas mengenai viral menerusi WhatsApp baru-baru ini mengenai beberapa pelajar baharu di maahad tahfiz berkenaan yang dikatakan dicabul, selain berlaku seks luar tabii.
Menurut Abdul Rahim, kes tersebut di siasat mengikut Seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya telah membuat lawatan ke mahaad tahfiz berkenaan beberapa hari lalu.
"Dalam lawatan itu, pegawai JAIPk telah menemuramah beberapa pelajar," katanya.
Menurut Mohd Yusop, walaupun berdaftar dengan JAIPk, segala urusan pentadbiran termasuk pengambilan pelajar dikendalikan sepenuhnya oleh maahad tahfiz berkenaan kerana ia merupakan institusi swasta. - MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Polis Perak siasat pencabulan seksual di maahad tahfiz
Sekianlah artikel Polis Perak siasat pencabulan seksual di maahad tahfiz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis Perak siasat pencabulan seksual di maahad tahfiz dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/polis-perak-siasat-pencabulan-seksual.html