Judul : VIDEO MUHYIDDIN YASSIN VIRAL DALAM MEDIA SOSIAL !
link : VIDEO MUHYIDDIN YASSIN VIRAL DALAM MEDIA SOSIAL !
VIDEO MUHYIDDIN YASSIN VIRAL DALAM MEDIA SOSIAL !
Di dalam kekalutan puak pembangkang bergaduh sesama sendiri berebut kuasa, video TS Muhyiddin Yassin telah viral di dalam media sosial.Muhyiddin Yassin mengaku bahawa parti DAP adalah totok cauvinis dan ekstrim yang tidak menyokong syiar Islam dan tidak pernah memperjuangkan nasib kaum Melayu. Lihat video di bawah:
Video ini telah dikongsi oleh ramai pihak dan juga menjadi topik panas di antara netizen dalam media sosial. Malangnya, netizen pro-Muhyiddin tidak menjawab soalan tetapi cuba mengalih perhatian dengan menyentuh isu-isu lain. Padahal, isunya ialah Muhyiddin Yassin telah melanggar prinsip beliau sendiri apabila bersekongkol dengan parti cauvinis DAP.
MiM sendiri pada awalnya tidak menyentuh sangat tentang perbezaan pendapat di antara kepimpinan Melayu dan amat berharap agar perbezaan ini dapat diselesaikan dengan semangat kekeluargaan dan demi survival kaum Melayu. Tetapi apabila ada yang bersekongkol dengan parti cauvinis DAP, ianya agak keterlaluan kerana kita semua tahu bahawa parti DAP adalah parti opportunis yang mengambil kesempatan untuk cuba menjatuhkan parti UMNO dan BN dengan apa cara sekali pun.
Dan DAP telah berjaya memecah-belahkan politik kaum Melayu seperti yang mereka lakukan terhadap parti PAS sebelum ini. Kita percaya bahawa Muhyiddin dan rakan-rakannya tahu tentang perkara ini tetapi kenapa dibiarkan sahaja?
Isu-isu yang panas sekarang juga telah mengalih perhatian rakyat daripada isu korup, salahguna kuasa dan kuku besi di dalam parti cauvinis tersebut. Kita jangan lupa bahawa Lim Guan Eng berdepan dengan kes korupsi dan salahguna kuasa yang menjatuhkan maruah parti DAP. Kerajaan DAP Pulau Pinang juga menanggung malu apabila gagal menyelesaikan isu berkaitan kesesakan lalu lintas, harga rumah yang tinggi, pencemaran alam sekitar, penambakan laut dan pembangunan lereng bukit.
Gerai-gerai yang menjadi tempat orang Melayu mencari rezeki juga diroboh oleh kerajaan DAP begitu juga dengan kampung-kampung. Sebelum memenangi pilihan raya umum 2008, DAP berjanji menghentikan penjualan tanah melalui usahasama dengan syarikat swasta dan penambakan laut.
"Dulu dia (Lim Guan Eng) mengkritik parti Gerakan kerana katanya pada waktu itu sebelum mereka menang (pilihan raya umum) 2008 kononnya banyak tanah dijual...jadi mereka minta sokongan pada rakyat Pulau Pinang untuk menghentikan kegiatan menjual tanah tanah dengan mengundi DAP.
"Dulu dia tuduh BN membuat pembangunan di atas lereng-lereng bukit. Sekarang, selepas jadi ketua menteri kita nak tanya sama ada janji itu dah ditepati atau tidak." kata Rahman Dahlan.Begitulah rakyat Pulau Pinang tertipu dan diperbodohkan oleh DAP. Makanya, pembohongan serta segalanya mengenai parti DAP ini perlu difahami oleh rakyat. Malangnya selama ini, puak DAP ini telah berjaya mengaburi mata rakyat dan mengalih perhatian kita daripada memfokuskan isu-isu besar yang melibatkan parti itu.
Mereka berjaya dengan tektik menuding jari menyalahkan semua pihak termasuk rakan-rakan politik dan dibantu dengan portal-portal pro-pembangkang yang menjadi keldai tanggungan parti cauvinis itu.
Bukan itu sahaja, sebelum ini DAP juga telah menyerlahkan sikap mereka yang pro-Israel apabila mereka menyelar langkah kerajaan BN Malaysia yang menafikan visa 2 atlet luncur angin dari Israel untuk satu kejohanan di Langkawi.
Malah, kenyataan DAP yang pro-Israel ini juga dilabelkan sebagai satu isyarat jelas kepada umat Islam di negara ini untuk bangkit secara besar-besaran menolak secara total parti ini di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Dam kenyataan ini datangnya daripada pembangkang sendiri!
Baca : http://ift.tt/2ckOcrYRakyat juga seperti dipermain-mainkan oleh puak DAP apabila sebelum ini, dinasti Lim beria-ia mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Muhammad Razali dan Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mendedahkan bahawa parti DAP telah menerima dana RM1.2 bilion daripada puak Israel.
Malangnya, setelah 8 bulan berlalu, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng masih belum lagi menyaman individu-individu ini! Malah, mereka diam membisu seolah-olah mereka tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu.
Malah isu ini tenggelam begitu sahaja seperti isu-isu besar lain yang menyelubungi kepimpinan dan parti cauvinis itu. Apakah ianya juga bermaksud bahawa parti DAP memang merupakan tali barut Yahudi?
Korup, kuku besi, pro-Yahudi dan segalanya yang buruk tentang parti DAP inilah yang menyebabkan kita mesti menolak parti itu dan juga mereka yang 'tidur sekatil' dengan parti cauvinis itu.
Dan janganlah kita menafikannya!
Anda baca juga artikel ini : http://ift.tt/2bZ8oMK
Demikianlah Artikel VIDEO MUHYIDDIN YASSIN VIRAL DALAM MEDIA SOSIAL !
Sekianlah artikel VIDEO MUHYIDDIN YASSIN VIRAL DALAM MEDIA SOSIAL ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel VIDEO MUHYIDDIN YASSIN VIRAL DALAM MEDIA SOSIAL ! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/video-muhyiddin-yassin-viral-dalam.html