Amanah umum sokong Bersih 5

Amanah umum sokong Bersih 5 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah umum sokong Bersih 5, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah umum sokong Bersih 5
link : Amanah umum sokong Bersih 5

Baca juga


Amanah umum sokong Bersih 5


Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
 
SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan menyokong penganjuran Himpunan Bersih 5 pada​ 19 November depan.

Menurut Presidennya, Mohamad Sabu atau Mat Sabu, demonstrasi atau tunjuk perasaan secara aman tidak akan membawa kepada huru-hara atau malapetaka kepada mana-mana negara.

Malah katanya, ia bukan perkara luar biasa kerana ada negara maju yang membenarkan rakyatnya berdemonstrasi atau tunjuk perasaan tanpa kekerasan.

“Di antara negara yang rakyatnya selalu berdemonstrasi termasuk Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jerman dan hampir seluruh negara EU. Jepun, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Indonesia juga tidak ketinggalan meraikan ruang demokrasi ini.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Bersih 5: PKR bincang dulu baru umum]

“Rakyat di negara-negara ini selalu keluar secara beramai-ramai menyatakan ketidaksukaan mereka terhadap sesuatu perkara atau sesuatu isu yang dilakukan oleh pemimpin di negara mereka, atau tunjuk perasaan terhadap kuasa besar atau mana-mana negara lain yang mengancam negara mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, perhimpunan aman bukanlah faktor penentu turun naik jumlah kedatangan pelabur ke negara ini.

“Pelabur-pelabur sentiasa datang kerana mereka tahu negara tersebut aman dan rakyat sentiasa diberi peluang untuk bertindak tanpa mengangkat senjata.

“Sebaliknya, negara-negara diktator yang tidak mengizinkan demonstrasi aman dan berakhir dengan peristiwa berdarah berlaku di negara-negara timur tengah. Negara itu tidak disukai oleh para pelabur,” katanya lagi.




Demikianlah Artikel Amanah umum sokong Bersih 5

Sekianlah artikel Amanah umum sokong Bersih 5 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah umum sokong Bersih 5 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/amanah-umum-sokong-bersih-5.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :