Gandingan Mahathir-Anwar, Sinergi Untuk Selamatkan Malaysia

Gandingan Mahathir-Anwar, Sinergi Untuk Selamatkan Malaysia - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gandingan Mahathir-Anwar, Sinergi Untuk Selamatkan Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gandingan Mahathir-Anwar, Sinergi Untuk Selamatkan Malaysia
link : Gandingan Mahathir-Anwar, Sinergi Untuk Selamatkan Malaysia

Baca juga


Gandingan Mahathir-Anwar, Sinergi Untuk Selamatkan Malaysia

Pemuda Amanah seru rakyat contohi jiwa besar Anwar-Mahathir

Lihatlah kehadiran Tun Mahathir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bagi menyatakan sokongan kepada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai titik tolak kepada penyatuan rakyat menolak kekejaman rejim Umo-BN pimpinan Najib Razak.

Itu pendapat Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil ketika pertemuan bersejarah kedua-dua tokoh berkenaan selepas 18 tahun yang mengundang pro dan kontra rakyat Malaysia.


Menurutnya, rakyat harus mencontohi jiwa besar mereka memandangkan Mahathir telah menunjukan sokongan secara terbuka dalam menolak pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

“Akta MKN adalah akta zalim yang mencabul kebebasan rakyat dan keluhuran perlembagaan. Justeru, kebersamaan Anwar dan Mahathir dalam penentangan akta ini menjadi contoh teladan bahawa rakyat perlu bersatu menentang kezaliman melangkaui sempadan ideologi politik,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pertemuan kedua-dua negarawan itu yang disulami senyuman dan berjabat tangan adalah satu isyarat jelas kepada rakyat bahawa mereka merupakan pemimpin berjiwa besar yang sanggup bersama-sama meletakkan kepentingan rakyat mengatasi sengketa.

“Perjuangan reformasi yang dipimpin Anwar pasti akan lebih bersemarak, inklusif dan ekstensif dengan sokongan bekas dan ahli Umno termasuk Tun Mahathir.

“Rakyat terutama anak muda harus bersama dengan gerakan menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi (pemerintahan oleh pencuri) Najib Razak,” jelasnya.

Tambah Faiz, usaha untuk menyelamatkan negara tercinta ini bukan lagi pilihan sebaliknya satu kewajipan.

Sehubungan itu, Pemuda Amanah, ujarnya lagi, akan terus berjuang bersama Pakatan Harapan menggerakkan massa bagi mencapai matlamat suci ini demi kepentingan rakyat dan masa depan negara.

Semalam, Mahathir sempat bertemu Anwar sebelum mahkamah bersidang dan mereka kelihatan berpelukan seketika serta bersalaman sebelum beransur ke bilik saksi selama 30 minit


Sinergi Dua Gergasi

Demi Malaysia: pertautan dua tiang seri politik Malaysia sangat dialukan.

Saya sudah impikan dua tokoh yang bersalingan selama 19 tahun untuk kembali duduk sebaris.

Saya nyatakan 'mimpi' saya itu dalam ucapan saya di depan Tun dalam majlis ceramah Tun yang pertama di atas pentas Pakatan di Pandan, awal Mac tahun ini.

YB Rafizi menjadi tuan rumah ceramah tersebut dan ia adalah ceramah Tun yang pertama selepas secara rasminya Deklarasi Rakyat dilancarkan.

Tun M dan Tun Hasmah hanya tersenyum.

Saya hanya memberanikan diri dan berharap ia menjadi katalis Tun dan Kak Wan untuk menerimanya. Kak Wan tidak ada dalam majlis pada malam itu tetapi saya berharap kata-kata itu sampai ke pengetahuan beliau.

Itu yang saya mampu lakukan untuk melihat dua elemen yang dulunya sangat serasi tetapi kemudian bertentangan atas pengaruh keadaan, untuk kembali mencari 'sinergi ying dan yang' - politik Malaysia.

Keadaan negara masa kini sangat memerlukan sinergi itu.

Malaysia telah kehilangan proses pergantian pemimpin mengikut jalur natural untuk satu tempoh yang panjang.

Ini juga yang telah membawa kepada politik Malaysia yang bersimpang siur kini.

DSAI adalah 'natural succesor' yang masih aktif. Ku Li dan Tun Musa telah berada di tepi gelanggang atas sebab tersendiri. Keguguran mereka antara lain telah mencipta 'vacuum' kepimpinan. Tun Ghafar pula telah pergi.

Anwar menggengam idealisma politik tersendiri yang amat kukuh dalam jiwanya sehingga beliau tidak ingin mengalah untuk melihat Malaysia yang terus hebat.

Kehilangan proses penggantian pemimpin yang natural ini telah mencipta 'gap' dan 'vacuum'.

Adanya kekosongan dan lompang kepimpinan ini menjadi punca terbesar pemimpin kurang bersedia terpaksa memikul tugas memimpin negara dengan kekurangan kejituan atau nilai kepimpinan kental yang diperlukan.

Malaysia masih memerlukan Anwar, selain TS Muhyidin untuk mengemudi negara ini keluar dari perairan berbatu dan bergelora pada masa ini.

Tetapi Anwar yang direstui oleh arkitek negara Malaysia yang masih cergas memerhatikan hala tuju negara - Tun M.

Kombinasi dua gergasi ini melengkapkan semula dua tenaga. Sinergi. Tenaga penyatuan. Anwar dan Muhyidin pula telah pernah bergandingan.

Paling penting, Malaysia dapat diselamatkan.

*Demi Malaysia*

Husam Musa
05 September 2016


VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Maaf kerana kelewatan mengemaskinikan blog ini. GB agak kesibukan 2-3 hari ini.

Mengenai kisah Anwar-Mahathir bersalaman, banyak pandangan dari pelbagai pihak dan yang nyta UMNO dan PAS amat tidak menyukainya.

GB memetik dua tulisan di atas yang GB rasa berhak untuk mewakili pandangan majoriti ahli AMANAH. Ada juga satu dua pandangan yang tidak begitu senang dengannya, namun ia adalah kekecualian yang boleh diabaikan.

Yang lebih penting, seperti kata Husam, Malaysia perlu diselamatkan.




FEATURED ADS




Demikianlah Artikel Gandingan Mahathir-Anwar, Sinergi Untuk Selamatkan Malaysia

Sekianlah artikel Gandingan Mahathir-Anwar, Sinergi Untuk Selamatkan Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gandingan Mahathir-Anwar, Sinergi Untuk Selamatkan Malaysia dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/gandingan-mahathir-anwar-sinergi-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :