Hah!! Si Saiful Nak Nasihat Muhyiddin?

Hah!! Si Saiful Nak Nasihat Muhyiddin? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hah!! Si Saiful Nak Nasihat Muhyiddin?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hah!! Si Saiful Nak Nasihat Muhyiddin?
link : Hah!! Si Saiful Nak Nasihat Muhyiddin?

Baca juga


Hah!! Si Saiful Nak Nasihat Muhyiddin?


Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini menasihatkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencemarkan parti baru itu dengan usaha untuk membebaskan bekas majikannya.

Malah, Saiful turut memberitahu semua pihak supaya membiarkan Anwar menjalani hukumannya di penjara memandangkan bekas timbalan perdana menteri itu akan dibebaskan lebih awal jika berkelakuan baik, lapor Sinar Harian Online.

“Biarlah beliau (Anwar) menjalani hukuman, kelak akan bebas jua akhirnya, berkemungkinan lebih awal jika berkelakuan baik.”

“Nasihat saya, usah cemarkan wadah baru BERSATU yang ibarat bayi masih suci ini dengan kekotoran.

“Apatah lagi memohon pertolongan 'sokongan' dari makhluk yang Tan Sri sendiri tahu kebenarannya dan sudah diputuskan bersalah oleh Mahkamah. Belum terlambat untuk perbetulkan namun jika Tan Sri (Muhyiddin) beranggapan 'jalan pintas' ini jalan terbaik, maka saya ucapkan selamat 'maju' jaya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam tulisan yang bertajuk 'Warkah Subuh buat Tan Sri Muhyiddin' yang ditulis di laman Facebooknya.

Difahamkan, warkah itu ditulis sebagai mengulas laporan media yang memetik Muhyiddin menyokong pembebasan Anwar serta berikrar untuk menjadikannya agenda perjuangan parti barunya itu.

Selain itu, Saiful turut berkata bahawa rakyat marhean hanya ingin tahu hala tuju, dasar, idealisme parti BERSATU dan bukan janji untuk membebaskan banduan yang bersalah sekiranya parti itu menang pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, perjuangan berlandaskan kebatilan adalah sukar untuk berjaya malah Muhyiddin tidak perlu gentar untuk memperoleh sokongan sekiranya beliau yakin wadah barunya benar.

Tambah Saiful, sebagai pihak yang berkepentingan dalam kes ini, beliau mempunyai 'locus standi' untuk mengulas apa yang diperkata oleh Muhyiddin sebelum ini.

“Dalam kamus politik berdusta itu kononnya tidak salah, tapi dalam agama berdusta tak kira dalam politik atau tidak, ia sama sahaja semasa perhitungan di masyar nanti,” katanya yang dipetik sebagai berkata.


Demikianlah Artikel Hah!! Si Saiful Nak Nasihat Muhyiddin?

Sekianlah artikel Hah!! Si Saiful Nak Nasihat Muhyiddin? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hah!! Si Saiful Nak Nasihat Muhyiddin? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/hah-si-saiful-nak-nasihat-muhyiddin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :