Harakahdaily tolak penyelesaian saman fitnah dengan Najib

Harakahdaily tolak penyelesaian saman fitnah dengan Najib - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harakahdaily tolak penyelesaian saman fitnah dengan Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harakahdaily tolak penyelesaian saman fitnah dengan Najib
link : Harakahdaily tolak penyelesaian saman fitnah dengan Najib

Baca juga


Harakahdaily tolak penyelesaian saman fitnah dengan Najib

BERNAMA
 
 
Akhbar HarakahAkhbar Harakah


Akhbar rasmi Pas, Harakahdaily telah menolak tawaran bagi penyelesaian saman fitnah difailkan terhadapnya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung 1Malaysia Development Berhad.

Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun ketika dihubungi, mengesahkan menerima surat daripada Harakahdaily Khamis lepas menyatakan bahawa ia menolak cadangan penyelesaian saman itu.

"Tetapi untuk menyatakan kes itu akan dibicarakan adalah terlalu awal kerana terdapat dua rayuan berkaitan yang menunggu di Mahkamah Rayuan," kata beliau.

Beliau berkata perkara itu dijadualkan untuk pengurusan kes hari ini dan dikeluarkan dari senarai kes mahkamah dan dijadualkan semula ke 1 Dis.

Ini kerana Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif mengetuai sebuah panel mahkamah di Kuching, Sarawak.

Hakim Wan Rohimi Wan Daud yang mewakili pengarah urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan ketua pengarang Harakahdaily Taufek Yahya berkata anak guamnya mahukan kes itu dibicarakan sepenuhnya.

"PAS telah menolak tawaran penyelesaian," kata beliau.

Wan Rohimi juga mengesahkan beliau telah menerima faks daripada pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan minggu lepas memberitahunya bahawa tarikh pengurusan kes dijadualkan hari ini telah dijadualkan semula ke 1 Dis.

"Pada 1 Dis, kami akan memberitahu mahkamah bahawa anak guam kami telah menolak tawaran penyelesaian dan mahkamah akan menetapkan tarikh lain bagi mendengar rayuan," katanya.

Beliau berkata mereka telah memberitahu peguam Najib tentang keputusan itu.

Satu daripada rayuan ialah berhubung penolakan Mahkamah Tinggi pada 7 April tahun ini pada permohonan Najib bagi meminda kenyataan tuntutan untuk memasukkan kenyataan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Satu lagi terhadap penolakan Mahkamah Tinggi pada 23 Mei tahun ini pada permohonan Najib bagi saman itu diputuskan atas poin undang-undang tanpa diadakan perbicaraan penuh.

Perdana Menteri menyaman Dr Rosli dan Taufek berhubung artikel bersifat fitnah oleh Rosli dan diterbitkan pada 19 Feb, 2015.

Pada Jun tahun ini, Najib dan Harakahdaily membayangkan yang mereka mengkaji kemungkinan menyelesaikan saman berkenaan.



Demikianlah Artikel Harakahdaily tolak penyelesaian saman fitnah dengan Najib

Sekianlah artikel Harakahdaily tolak penyelesaian saman fitnah dengan Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harakahdaily tolak penyelesaian saman fitnah dengan Najib dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/harakahdaily-tolak-penyelesaian-saman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :