Isu RM2.6 Billion : Anina Tarik Balik Saman Terhadap PM Najib

Isu RM2.6 Billion : Anina Tarik Balik Saman Terhadap PM Najib - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu RM2.6 Billion : Anina Tarik Balik Saman Terhadap PM Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu RM2.6 Billion : Anina Tarik Balik Saman Terhadap PM Najib
link : Isu RM2.6 Billion : Anina Tarik Balik Saman Terhadap PM Najib

Baca juga


Isu RM2.6 Billion : Anina Tarik Balik Saman Terhadap PM Najib

 

 



KUALA LUMPUR: Bekas ahli Wanita UMNO Langkawi Anina Saadudin menggugurkan samannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pihak kedua berkaitan isu derma RM2.6 bilion, lapor The New Straits Times.

Anina telah membuat rayuan terhadap pembatalan saman oleh Mahkamah TInggi pada 31 Disember tahun lalu.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Datuk Seri Najib, mengesahkan bahawa Anina telah memfailkan notis untuk menarik balik rayuan saman itu di Mahkamah Rayuan bulan ini.

Anina bersetuju untuk membayar kos guaman sejumlah RM5,000.

Pada 28 Ogos, Anina memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib dan Setiausaha Eksekutif Datuk Ab Rauf Yusoh, antara lain, bagi menuntut sebahagian daripada derma RM2.6 bilion (AS$650 juta) yang dikatakan dimasukkan oleh presiden parti ke dalam akaun peribadinya di Singapura.

Datuk Seri Najib dan Ab Rauf kemudiannya memfailkan permohonan untuk membatalkan saman atas sebab ia remeh dan menyusahkan, serta Anina tidak mempunyai hak di bawah undang-undang untuk menyaman kerana dia bukan seorang pegawai awam parti UMNO.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membenarkan permohonan pembatalan Datuk Seri Najib dan Ab Rauf itu selepas membuat keputusan bahawa Anina tidak mempunyai locus standi bagi memulakan tindakan undang-undang kerana dia bukan pegawai awam ataupun menyandang sebarang jawatan dalam UMNO – Astro Awani.



Demikianlah Artikel Isu RM2.6 Billion : Anina Tarik Balik Saman Terhadap PM Najib

Sekianlah artikel Isu RM2.6 Billion : Anina Tarik Balik Saman Terhadap PM Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu RM2.6 Billion : Anina Tarik Balik Saman Terhadap PM Najib dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/isu-rm26-billion-anina-tarik-balik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :